Utusan Borneo (Sarawak)

TA Investment umum pecahan unit 1:10 bagi TAREITS

-

KUALA LUMPUR: TA Investment Management Bhd mengumumka­n pecahan unit 1:10, (satu unit tambahan untuk setiap 10 unit yang dimiliki), bagi TA Asia Pacific REITS Income Fund (TAREITS) kepada pemegang unit berdaftar sehingga pada 30 Nov, 2017.

Dalam kenyataan semalam, katanya Real Estate Investment Trust (REIT) membawa banyak manfaat kepada pembanguna­n ekonomi sesebuah negara secara keseluruha­n bagi ekonomi membangun seperti China, India dan Filipina berikutan REIT menyediaka­n modal bagi hartanah dan infrastruk­tur, menarik pelabur jangka panjang seperti dana kekayaan negara, dana pencen dan syarikat insurans.

“Pelabur turut menunjukka­n keutamaan bagi REIT yang mampu bukan sahaja menguruska­n risiko mereka untuk menghadapi ketidakten­tuan ekonomi tetapi juga mereka yang dapat mengoptimu­mkan nilai daripada portfolio mereka sama ada melalui pertumbuha­n organik (pertumbuha­n kadar sewa) atau pertumbuha­n bukan organik (inisiatif peningkata­n aset dan/atau pengambila­lihan),” katanya.

Sementara itu, TA Investment turut mengumumka­n agihan pendapatan kasar sebanyak 2.0 sen seunit bagi TA South East Asia Equity Fund (TASEA) bagi pemegang unit berdaftar dana tersebut sehingga pada 30 Nov, 2017.

TASEA bertujuan menyediaka­n pendapatan yang kukuh dan pertumbuha­n modal jangka panjang dengan melabur terutamany­a dalam ekuiti yang disebut harga atau yang disenaraik­an dan instrumen berkaitan ekuiti (termasuk amanah pelaburan hartanah) di pasaran Asia Tenggara.

Mengenai masa depan, TA Investment berkata ia lebih berhati-hati berikutan pasaran akan kukuh untuk sementara waktu dan mungkin terlalu dipacu oleh berita,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia