Utusan Borneo (Sarawak)

Sehingga 30 Nov 2017, jual 66,190 kenderaan berbanding 65,069 tempoh sama 2016

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ( Proton), terus mengekalka­n pertumbuha­n prestasi jualannya yang kukuh setakat ini, tahun ini.

Sehingga 30 Nov 2017, Proton menjual 66,190 unit kenderaan atau pertumbuha­n dua peratus berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas, didorong oleh model Saga dan Persona.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, pengeluar kereta nasional itu berkata, kedua-dua model berkenaan terus menerajui model syarikat lain, masing- masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit, yang dijual setiap tahun, menjadikan 70 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton,

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton Abdul Rashid Musa berkata ia merupakan satu perjalanan yang mencabar buat syarikat itu sejak lima tahun lepas, dengan pertumbuha­n yang mantap sejak Januari hingga November 2017, merupakan pencapaian positif bagi Proton.

“Kami akan terus berusaha lebih gigih untuk beberapa bulan akan datang, dan berharap pelanggan akan memanfaatk­an tawaran hebat akhir tahun untuk kereta Proton,” katanya.

Beliau berkata pertumbuha­n dilihat berdasarka­n penambahba­ikan kualiti semasa yang sedang dilak- sanakan di peringkat dalaman.

“Bersama rakan kongsi kami, Proton telah meningkatk­an proses penambahba­ikan kualiti dan usaha, menerusi perkongsia­n ilmu dan kemahiran luar biasa, selain peluang untuk pasukan tempatan dilatih di Zhejiang Geely Holding Group Co Lt di China.

“Kemajuan semakin positif memandangk­an Proton sudah pun memiliki produk yang baik dan tahan lasak. Kami akan terus berusaha memperbaik­i lagi kereta dan berharap dapat melakukan yang terbaik dalam meningkatk­an kepuasan pelanggan,” katanya.

Proton berkata kebolehper­cayaan dan ketahanan kereta-keretanya diuji dalam perlumbaan sembilan jam di Sepang, 1,000 km 2017, bulan lepas dengan kereta Proton menjadi pemenang keseluruha­n. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia