Utusan Borneo (Sarawak)

TH Properties intai pasaran kediaman London, Jakarta

-

KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd bekerjasam­a dengan WeChat untuk melancarka­n ‘ U Mobile WeChat Go SIM’, yang menawarkan data tanpa had kepada pelancong China untuk menikmati mesej sosial di aplikasi WeChat dan langganan televisyen Lingcod percuma di luar China.

U Mobile berkata SIM baharu itu akan menjadi satu-satunya SIM prabayar jenama bersama WeChat Go di negara ini, disertakan dengan perkhidmat­an nilai tambah yang lain termasuk data perayauan percuma 1GB bagi Singapura, Thailand dan Indonesia selain nilai panggilan Dial Terus Antarabang­sa (IDD) 60 minit ke China atau panggilan dibuat di Malaysia.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, berkata WeChat Go SIM bukan hanya bagi pelancong China tetapi sesiapa sahaja yang menggunaka­n WeChat.

SIM baharu itu boleh di- dapati mulai 6 Dis, 2017, dan pelancong China boleh memilih untuk membeli pek SIM prabayar tersebut daripada peruncit Sunway Media di China sebelum melakukan perjalanan, di semua outlet U Mobile di Malaysia dan pelbagai lapangan terbang antarabang­sa di negara ini. — Bernama LONDON: TH Properties Sdn Bhd, cabang pembanguna­n hartanah Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia, sedang mengenal pasti pasaran kediaman di London dan Jakarta selepas berjaya memperluas­kan perniagaan­nya di Sydney, Australia.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Roszali Othman bagaimanap­un berkata syarikat itu tidak tergesa-gesa untuk menembusi pasaran terbabit memandangk­an ia sedang mengenal pasti rakan kongsi yang tepat untuk bekerjasam­a di kedua-dua negara berkenaan.

“Kami masih mencari rakan kongsi di London dan Jakarta,” katanya kepada pemberita di luar majlis Anugerah Hartanah Antarabang­sa 2017 di sini pada Isnin.

Beliau berkata keputusan untuk mencari rakan kongsi dalam meneroka pasaran baharu dibuat berdasarka­n kejayaan usahanya di Australia.

Roszali berkata melalui usaha sama 50:50 dengan pemaju tempatan di Australia, syarikat itu memperoleh beberapa projek kediaman dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM3.5 bilion.

Beliau berkata projek TH Properties di Australia turut memberi sumbangan besar kepada keuntungan syarikat itu.

“Tahun ini, syarikat itu dijangka mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM94.12 juta, meningkat daripada RM73.72 juta tahun lepas walaupun hasil dijangka merosot sedikit kepada RM440.66 juta berbanding RM471.93 juta sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata berikutan kejayaanny­a di Sydney, syarikat itu juga sedang berusaha mengembang­kan perniagaan­nya ke pasaran perumahan Melbourne dan Perth.

Namun katanya peluasan itu bergantung kepada rakan kongsi dan lokasi yang sesuai.

Di Malaysia katanya TH Properties sedang membina TH Hotel dan Pusat Konvensyen Kuching dan Lapangan Terbang Antarabang­sa KL, kedua-duanya dijangkaka­n siap tahun depan.

Selain itu, syarikat juga sudah memperoleh kelulusan reka bentuk projek kediaman di tanah Tabung Haji di Tun Razak Exchange, namun belum ada tarikh yang ditetapkan untuk memulakan pembinaan projek itu.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia