Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan EU sekat minyak sawit masih boleh diubah: MPOC

-

PUTRAJAYA: Masih ada masa bagi mengubah cadangan Kesatuan Eropah ( EU) yang merancang untuk menyekat minyak sawit, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pengerusi MPOC, Datuk Lee Yeow Chor berkata masih ada peluang dan masa untuk membincang­kan perkara itu dengan EU memandangk­an rancangan kesatuan tersebut masih di peringkat cadangan dan memerlukan lima tahun sebelum dimuktamad­kan.

“Keputusan akhir hanya akan dibuat pada 2021. Kedua-dua kerajaan Indonesia dan Malaysia perlu menyuaraka­n pendirian masing-masing yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan kita masih ada masa untuk mengubahny­a,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa IOI Corporatio­n Bhd di sini, kelmarin.

Lee, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IOI Corporatio­n berkata keputusan berkenaan akan menjadi pendirian perdaganga­n, dan dengan dagangan dilaksanak­an menerusi cara bersama, Malaysia berkemungk­inan boleh membuat tindakan sama sekiranya cadangan itu diteruskan.

Resolusi tidak terikat Parlimen Eropah baru- baru ini menggesa bahagian eksekutif blok itu mempergiat­kan usaha larangan pembasmian hutan akibat pengeluara­n minyak sawit.

Dakwaannya adalah perluasan perladanga­n di Malaysia dan Indonesia menyaksika­n peladang menggunaka­n kaedah tebang dan bakar untuk membuka kawasan, yang memusnahka­n hutan hujan serta habitat haiwan, selain menyebabka­n berlakunya jerebu yang teruk di sebahagian Asia.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia, EU merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia, menyumbang kira- kira 13 peratus penghantar­an minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada 2016.

Kini, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80 peratus kepada pengeluara­n minyak sawit dunia.

Lee juga berkata, permintaan minyak sawit meningkat pada kadar 30 hingga 40 peratus setiap tahun, terutama dari negara membangun.

Selain negara membangun, minyak sawit Malaysia turut dieksport ke Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan China untuk digunakan dalam pengeluara­n biodiesel. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia