Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pembeli berpeluang menang hadiah utama dalam tempoh promosi

-

KUCHING: Orang ramai yang ingin membeli kereta Toyota baharu boleh menikmati penjimatan wang, serta berpeluang untuk memenangi Toyota Camry Hybrid serba baharu pada bulan ini.

Dengan promosi Bonanza RM1,000,000 Toyota, pembeli kereta Toyota baharu boleh menjimatka­n sehingga RM7,000 serta menerima aksesori percuma, dan servis percuma sehingga tempoh lima tahun.

Dalam tempoh promosi, tiga pembeli bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah utama, Toyota Camry Hybrid 2.5.

Manakala 100 pembeli bertuah juga berpeluang menerima telefon pintar bernilai RM5,000 setiap seorang.

Rebat wang sehingga RM7,000 juga boleh didapati untuk Toyota Vios, Corolla Altis, Avanza, Sienta, Innova, Camry, Hilux dan Fortuner.

Bagi model Vios, pembeli menerima rebat wang sehingga RM3,000 serta aksesori kereta bernilai sehingga RM4,100 percuma, manakala untuk Hilux, RM4,000 bagi varian DC 2.4G (M), DC 2.4G (A) & DC 2.8G (A).

Rebat wang turut ditawarkan untuk model Camry iaitu RM7,000; Innova (RM3,000); Fortuner (RM3,000); Avanza (RM3,000).

Manakala bagi model Altis, rebat wang RM5,000 dan aksesori percuma bernilai RM5,790 akan diberikan sementara rebat wang RM4,000 atau RM3,000 dengan servis percuma tiga tahun diberikan bagi model Sienta.

Kesemua tawaran adalah untuk varian terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.

Aksesori percuma ditawarkan untuk Vios, Corolla Altis bernilai sehingga RM4,100 dan RM5,790, merangkumi sistem DVD AVX dengan Kamera Undur, Perakam Video Digital, Monitor Paparan Panorama dan Cermin Pintu Terlipat secara Automatik.

Pelanggan yang memerlukan pelan pembiayaan juga boleh melihat tawaran khidmat Toyota Capital seperti Toyota 2-Tier Plan yang menawarkan ansuran bulanan rendah untuk graduan, dan pelan pembiayaan Toyota Drive, yang pertama seumpamany­a di mana pelanggan boleh berjimat lebih banyak.

Semua model Toyota dijual oleh pengedar Toyota Sah didatangka­n dengan waranti lima tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali Toyota Hilux dengan jarak tempuh maksimum 150,000 kilometer) untuk ketenangan fikiran pemilikan.

Waranti boleh didapati untuk pemilik seterusnya dengan liputan lima tahun, yang terus meningkatk­an nilai kereta.

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran dan pakej pembiayaan, layari toyota. com.my

 ??  ?? CUBA NASIB: Bonanza RM1,000,000 Toyota berakhir 31 Disember ini.
CUBA NASIB: Bonanza RM1,000,000 Toyota berakhir 31 Disember ini.
 ??  ?? REBUT PELUANG: Promosi sempena hujung tahun Toyota.
REBUT PELUANG: Promosi sempena hujung tahun Toyota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia