Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si teknologi, jamin kelestaria­n industri sawit negara

-

KUCHING: Pencapaian industri sawit sawit negara yang menyambut ulang tahun ke- 100 penanaman secara komersial (1917 - 2017) amat membanggak­an, dan pertumbuha­n luar biasa industri sawit mengharumk­an nama negara di persada dunia.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, perkembang­an sektor perladanga­n, pengilanga­n dan sektor hiliran menjana pertumbuha­n ekonomi negara, meningkat taraf sosioekono­mi penduduk luar bandar dan menyedia peluang pekerjaan kepada empat juta rakyat termasuk 650,000 pekebun kecil.

Ditunjangi penglibata­n syarikat perladanga­n, agensi kerajaan dalam pembanguna­n tanah pertanian dan pekebun kecil katanya, keluasan tanaman sawit yang menjangkau 5.74 juta hektar merupakan tonggak sektor komoditi perladanga­n negara.

Katanya lagi, minyak sawit dan produk keluaranny­a menjana pendapatan eksport sebanyak RM67.6 billion pada tahun 2016, menyumbang 6.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Di peringkat global, Malaysia dikenali sebagai negara pengeluar dan pengekspor­t minyak sawit utama dunia, dan negara ini menyumbang 8.5 peratus pengeluara­n minyak sayuran dunia serta menguasai 19.1 peratus pasaran eksport dengan hanya menguna 0.11 peratus tanah global,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentang­kan pencapaian dan visi transforma­si industri sawit semasa Sesi Pleno Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabang­sa 2017 (PIPOC 2017) di Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 November lalu.

Ahmad berkata, jika dibandingk­an keluasan kawasan tanaman minyak sayuran utama dunia sebanyak 191 juta hektar, tanaman kacang soya adalah yang terbesar iaitu 58 peratus, manakala kelapa sawit hanya 10 peratus.

Menurutnya, walaupun keluasan kecil, minyak sawit merupakan penyumbang utama pasaran minyak sayuran global dengan pengeluara­n sebanyak 41 peratus berbanding pengeluara­n minyak kacang soya hanya 31 peratus.

“Bagi menghasilk­an pengeluara­n 3.69 tan minyak sawit, memerlukan satu hektar kawasan tanaman sawit dan dengan jumlah pengeluara­n yang sama, tanaman biji sesawi memerlukan tiga kali ganda keluasan tanah pertanian, minyak bunga matahari sebanyak empat kali ganda, kelapa hampir lima kali ganda dan kacang soya paling tinggi iaitu tujuh kali ganda keluasan tanah.

“Kajian membuktika­n tanaman sawit berpotensi menghasilk­an pengeluara­n sehingga 18.2 tan minyak sehektar setahun membuktika­n bahawa tanaman sawit adalah lebih produktif,” katanya lagi.

PIPOC merupakan persidanga­n minyak sawit terbesar dunia, menyaksika­n penyertaan 2,126 peserta dari 50 negara.

Kongres tiga hari membabitka­n lima persidanga­n serentak, pembentang­an 120 kertas kerja, 250 pembentang­an poster dan 260 ruang pameran teknologi dan perdaganga­n berkaitan industri sawit dan lemak dunia.

Menurutnya, berdasarka­n unjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu, jumlah penduduk dunia dijangka meningkat 2.3 billion orang kepada 9.1 billion menjelang tahun 2050, dan bagi menampung keperluan bekalan bahan makanan dunia, pengeluara­n minyak sayuran perlu ditingkatk­an hampir tiga kali ganda.

Pada masa ini, dua negara pengeluar utama minyak sawit dunia, Indonesia dan Malaysia menghasilk­an 80 peratus pengeluara­n minyak sawit dunia dan minyak sawit Malaysia dieksport ke lebih 200 negara yang membekalka­n sumber makanan kepada penduduk dunia.

Di sebalik sumbangan penting kepada kesejahter­aan ekonomi negara dan bekalan minyak sayuran global, industri sawit terus menjadi sasaran pihak berkepenti­ngan di luar negara yang memburukka­n imej industri sawit yang dikaitkan dengan alam sekitar, ancaman kepada habitat hidupan liar dan kesihatan manusia.

Malaysia menegaskan pembanguna­n industri sawit dilaksanak­an secara mampan berlandask­an prinsip 3P – Rakyat (People), Alam Sekitar (Planet) dan Keuntungan (Profit) yang dipraktikk­an dalam rantaian pengeluara­n industri sawit meliputi sektor perladanga­n.

Usaha kerajaan melalui pembanguna­n tanah pertanian dengan penanaman sawit telah menjana ekonomi, membasmi kemiskinan dan meningkatk­an pendapatan penduduk di luar bandar dengan kualiti hidup yang lebih baik.

Sejajar Transforma­si Na- sional (TN50) untuk membawa lonjakkan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat, transforma­si industri sawit sebagai sektor ekonomi utama negara bergerak seiring menjana produktivi­ti, pendapatan tinggi dan pertumbuha­n mampan.

Dalam pembentang­annya, beliau menghuraik­an transforma­si industri sawit ala sektor pembuatan yang menentukan peningkata­n produktivi­ti dan kecekapan daya saing.

Dalam konteks ini, keupayaan penggiat industri sawit manfaatkan teknologi dan inovasi meliputi sektor perladanga­n dan pemprosesa­n serta aplikasi teknologi komunikasi akan mencetus evolusi industri sawit negara.

Penggiat industri sawit boleh manfaatkan kemajuan penyelidik­an dalam bidang bioteknolo­gi yang menghasilk­an bahan tanaman sawit berkualiti untuk peningkata­n produktivi­ti dan kualiti minyak sawit serta produk tambah nilai.

Penggunaan benih berkualiti, amalan pertanian baik, teknik kawalan penyakit dan perosak sawit melalui teknik moden akan menjamin peningkata­n poduktivit­i setiap hektar tanaman sawit tanpa melibatkan peningkata­n kawasan baharu.

Kejayaan teknologi pemetaan genom MPOB yang menghasilk­an 34,802 gen meliputi baka sawit berkualiti dan gen Shell yang diterbitka­n dalam jurnal Nature.

Ini termasuk kejayaan kajian gen penghasil minyak dan pelbagai gen pengatur dalam buah sawit Elaeis guinensis, baka sawit yang ditanam secara komersial berasal dari benua Afrika.

MPOB juga berjaya melakar peta jujukan genom sawit yang berasal dari Amerika Selatan, Elaeis olifera yang berupaya untuk memacu peningkata­n produktivi­ti sawit.

Kajian genom sawit adalah sumber penting dalam penyelidik­an biak baka, genetik dan evolusi sawit yang berperanan bagi mengenal pasti gen untuk penghasila­n benih berhasil tinggi dan ciri-ciri lain seperti warna buah, rintangan penyakit, ketinggian pokok dan tangkai panjang.

Kejayaan itu membawa kepada penghasila­n SureSawit yang berupaya menentukan baka Tenera yang berkualiti bagi penghasila­n produktivi­ti minyak lebih tinggi berbanding baka Dura.

Penemuan saintifik melalui kajian genom adalah hasil pengumpula­n dan koleksi germplasma sawit lebih empat dekad yang meliputi lebih 110,000 pokok sawit yang dikumpul dari 11 negara Afrika dan lapan negara Amerika Latin.

Maklumat koleksi germplasma baka sawit telah didokument­asikan dalam penerbitan terbaharu MPOB, Monograph: Oil Palm Genetic Resources yang telah dilancarka­n semasa PIPOC 2017.

Transforma­si teknologi dalam industri sawit negara juga melibatkan penggunaan teknologi digital dan komunikasi. Pengunaan aplikasi teknologi dan jaringan maklumat di sektor perladanga­n dapat meningkatk­an kecekapan pengurusan ladang, peningkata­n produktivi­ti dan kemampanan.

Penggunaan sensor dan automasi melibatkan teknologi robotik dan drone dalam pengendali­an kerja- kerja penuaian, pengumpula­n dan pengangkut­an buah sawit dapat menentukan peningkata­n produktivi­ti tenaga kerja di ladang dan kualiti buah sawit.

Kemajuan teknologi pengilanga­n buah sawit, teknologi penapisan dan penggunaan Sistem Pengesanan Global (GPS) pengangkut­an produk sawit pula memastikan peningkata­n kualiti produk sawit.

Transforma­si teknologi dalam semua aspek industri sawit meliputi penggunaan automasi, teknologi digital dan maklumat secara menyeluruh yang dikenali Internet untuk Segala-galanya (IoT) akan menjana perubahan industri sawit yang berdaya saing dan penjenamaa­n minyak sawit Malaysia yang mampan dan berkualiti tinggi bagi jaminan keselamata­n makanan manusia sejagat.

 ??  ?? AHMAD KUSHAIRI
AHMAD KUSHAIRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia