Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Dunia gesa negara membangun sesuaikan strategi kurangkan kemiskinan

-

BANGI: Negara- negara membangun di Asia Timur perlu terus menyesuaik­an strategi mereka untuk mengurangk­an kemiskinan kerana pelan sedemikian telah terbukti mencapai kejayaan dalam tempoh 20 tahun lepas, kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Dr Sudhir Shetty.

Beliau berkata dengan adanya strategi ini, 40 peratus daripada penduduk rantau itu telah keluar daripada kepompong kemiskinan tegar, dengan tinggal hanya tiga peratus sahaja lagi atau satu daripada lapan orang dalam kategori itu.

Sudhir berkata dalam konteks Malaysia, pelan sedemikian juga telah berjaya hampir membasmi kemiskinan.

“Bagaimanap­un, penting bagi kerajaan untuk melihat kumpulan isi rumah berpen- dapatan 40 peratus ke bawah (B40) dan kumpulan kelas pertengaha­n bagi memastikan mereka berupaya menambah baik status ekonomi mereka,” katanya selepas majlis pelancaran laporan Bank Dunia bertajuk ‘Riding the Wave: An East Asian Miracle for the 21st Century’ di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, semalam.

Selain itu, Sudhir turut menegaskan program in- surans sosial juga penting bagi menangani risiko atau mendepani kesan-kesan kejutan ekonomi kerana ia boleh menghalang kemajuan kumpulan itu.

“Malaysia juga perlu memantapka­n tadbir urus dan institusin­ya dari segi mengumpulk­an wang menerusi cukai, yang akan menjadi satu cabaran.

“Bagaimanap­un, persoalann­ya sekarang adalah bagaimana kerajaan boleh memastikan perbelanja­an wang pembayar cukai akan memanfaatk­an rakyat terutamany­a dalam pendidikan?” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) tidak seharusnya dilihat sebagai penyelesai­an tetapi sebagai satu inisiatif untuk membantu meringanka­n sedikit bebanan kewangan mereka.

“Kita tidak boleh nafikan yang bantuan sentiasa diperlukan dan bukan sahaja akan meringanka­n bebanan mereka tetapi juga akan membantu mereka berdiri sendiri pada masa depan.

“Bagaimanap­un, program sedemikian suatu hari kelak perlu ditamatkan,” katanya.

Sementara itu, Noor Azlan berkata, dalam menerima pakai Revolusi Perindustr­ian 4.0, kerajaan perlu menambah baik lagi hubungan Internet bagi memastikan mereka ( B40) boleh meneroka peluang yang lebih besar.

“Dengan revolusi 4.0 di mana segala-galanya didigitalk­an, mempunyai platform seperti itu akan meningkatk­an kehidupan serta pendapatan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia