Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan Korea Utara akui mencuri

-

TOKYO: Semua benda berlogam termasuk tombol pintu hilang dari sebuah pulau terpencil di Jepun di mana sekumpulan nelayan Korea Utara berlabuh untuk berlindung seketika, menurut penduduk tempatan semalam.

“Semua barang telah hilang termasuk engsel dan tombol pintu. Semua benda diperbuat daripada besi telah hilang,” menurut Shusaku Yoshida, 67, penjaga pusat perlindung­an nelayan tempatan itu.

Beberapa nelayan Korea Utara itu mengakui telah mengambil beberapa barang dari pulau kecil tersebut, menurut media Jiji.

Pihak berkuasa Jepun terus menyoal siasat sembilan daripada 10 rakyat Korea Utara yang pertama dikesan minggu lepas dalam bot kayu kecil yang dihempas cuaca buruk di luar pulau utara Hokkaido.

Mereka yang lain dilaporkan dihantar ke hospital kelmarin kerana sakit perut.

Nelayan yang memperkena­l diri sebagai rakyat Korea Utara, mendarat seketika di pulau tanpa penduduk itu untuk berlindung.

Namun sejurus selepas kumpulan itu pergi, pihak berkuasa mengesan barang- barang dari bangunan di pulau itu telah hilang.

Penjaga menyatakan kunci rumah perlindung­an dipecahkan dan memberi senarai panjang barangan yang hilang dari rumah penginapan tersebut.

“Dua set peti televisyen, tiga peti sejuk, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, dua set stereo, alat pemain DVD/CD, gergaji elektrik, dapur memasak ( alat pemanas), arang, motosikal dan alat jana kuasa elektrik,” beliau memberitah­u badan penyiaran swasta Fuji TV tentang kehilangan itu.

Pegawai pengawal pantai memberitah­u kelmarin bahawa barang-barang yang hilang termasuk beberapa panel solar pada rumah api di pulau tersebut, poster animasi dan selimut.

Lebih 60 bot dari Korea Utara ditemui tahun ini di kawasan perairan Jepun, menurut pengawal pantai.

Pakar percaya nelayan Korea Utara terpaksa pergi jauh ke laut untuk mencapai mandat kerajaan bagi tangkapan lebih besar, namun bot usang kurang kelengkapa­n mereka mudah terdedah kepada masalah mekanikal dan kehabisan minyak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia