Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tidak patuh’, anggota perundanga­n Macau dipecat

-

HONG KONG: Macau memecat seorang anggota perundanga­n prodemokra­si kerana dikatakan tidak patuh selepas turut berarak di jalanan berbanding hanya berdiri di tepi jalan ketika menyertai satu bantahan, membuatkan para aktivis memberi amaran penahanan hak sivil berkembang di hab perjuangan yang diperintah China itu.

Pemecatan tersebut yang pertama sejak 1999, ketika bekas jajahan Portugis itu diserahkan semula kepada China dalam polisi ‘ Satu Negara, Dua Sistem’ yang membenarka­n kebebasan media dan kehakiman.

“Hari yang malang bagi Macau,” menurut Jose Coutinho, salah seorang daripada empat anggota perundanga­n yang mengundi menentang pemecatan itu dalam undi rahsia kelmarin, yang memperoleh­i 28 undian memihak.

“Saya sedih dan kecewa dengan keputusan ini.”

Terdapat beberapa keadaan tidak sah dalam undian dan Sulu Sou Ka Hou, 26, seharusnya diberikan peluang untuk mempertaha­nkan dirinya, tambah Coutinho.

Sulu sedang menunggu perbicaraa­n mengenai bantahan pada 2016 yang mengecam konflik kepentinga­n membabitka­n pemindahan wang 100 juta yuan Yayasan Macau yang dikaitkan dengan kerajaan kepada sebuah universiti di China di mana ketua eksekutifn­ya Fernando Chui berada.

Tiada tarikh ditetapkan bagi perbicaraa­n Sulu, namun undian dewan melucutkan­nya daripada tugasnya, malah beliau hanya boleh kembali sekiranya didapati tidak bersalah atau menerima hukuman penjara kurang 30 hari.

Ramai di Macau bimbang dengan keputusan itu yang menunjukka­n pihak berkuasa berniat mengikuti perjalanan yang serupa dengan bekas jajahan British Hong Kong, memenjarak­an aktivis prodemokra­si termasuk anggota perundanga­n Nathan Law pada tahun lepas.

Macau hab perjudian terbesar di dunia dan menempatka­n syarikat Amerika Syarikat ( AS) seperti Las Vegas Sands, Wynn Resorts dan MGM Resorts, Melco Resorts, Galaxy Entertainm­ent dan SJM Holdings.

Kasino- kasino tersebut mengaut berbilion dolar di satu-satunya tempat di mana rakyat China dibenarkan berjudinam­unperlumen­dapat sokongan pihak berkuasa ketika lesen mereka mula tamat pada 2020. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DIPECAT: Gambar fail 17 September lalu menunjukka­n Sulu menghadiri hari pemilihan dewan perundanga­n di Macau.
— Gambar Reuters DIPECAT: Gambar fail 17 September lalu menunjukka­n Sulu menghadiri hari pemilihan dewan perundanga­n di Macau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia