Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua perunding damai Colombia letak jawatan

-

BOGOTA: Ketua perunding damai bagi pihak kerajaan Colombia dengan kumpulan pemberonta­k terakhir di negaranya menyatakan kelmarin beliau akan meletakkan jawatan pada Januari ketika gencatan senjata dengan gerila ELN tamat.

Juan Camilo Restrepo, 71, bekas menteri kehakiman, telah mengetuai delegasi kerajaan dalam beberapa pusingan rundingan damai di ibu negara Ecuador Quito sejak Februari.

Presiden Juan Manuel S a n t o s m e n y a t a k a n peletakan jawatan Restrepo akan menjejaska­n pasukan rundingan kerajaan ketika kedua-dua pihak cuba untuk melanjutka­n gencatan senjata sehingga 9 Januari.

“Kami akan memperbaha­rui pasukan tersebut dan meneruskan proses tersebut, untuk melihat sekiranya kami boleh meneruskan gencatan senjata dan rundingan,” menurut Santos.

Santos terdesak untuk memeterai perjanjian dengan ELN untuk meneruskan kejayaan perjanjian damai Disember 2016 dengan FARCm pergerakan pemberonta­k utama lain di negara Amerika Selatan itu.

Restrepo yang menyatakan beliau meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi, mengakui tempoh 18 bulan ketika kemuncak rundingan damai tidak mudah namun beliau percaya terdapat perkembang­an.

ELN menyatakan dalam Twitter bahawa ia berharap pembaharua­n pasukan kerajaan akan membawa momentum proses damai.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menyatakan perjanjian gencatan senjata dalam risiko walaupun keduadua pihak berupaya untuk mengawalny­a dan menghantar bantuan kemanusiaa­n ke wilayah yang mengalami konflik paling besar.

Iamenyatak­ankerajaan­telah melanggar perjanjian apabila sembilan peladang koka dibunuh pasukan keselamata­n semasa menyertai bantahan, dan dalam dua serangan ketenteraa­n terhadap kemkem ELN.

Ia turut menyelar serangan terhadap anggota gerila yang dipenjarak­an.

Tentera Pembebasan Negara, atau ELN, memulakan perjanjian bersejarah dengan tentera Colombia pada 1 Oktober selepas peperangan setengah abad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia