Utusan Borneo (Sarawak)

Catalonia mula kempen pilihan raya

Pemimpin pemisah dalam buangan dan penjara juga enggan ketinggala­n

-

BARCELONA: Parti politik Catalonia semalam secara rasmi melancarka­n kempen mereka untuk pilihan raya wilayah pada 21 Disember, dengan calon pemisah sama ada sedang meringkuk di penjara atau dalam buangan.

Rali pertama diadakan dengan naib presiden Oriol Junqueras yang telah dipecat dan tiga pemimpin pemisah lain masih berada di penjara selepas hakim Mahkamah Agung kelmarin menolak permohonan mereka untuk dibebaskan ketika mereka disiasat berhubung peranan mereka dalam kempen kemerdekaa­n wilayah timur laut yang kaya itu.

Pemimpin Catalonia Carles Puigdemont sementara itu berkempen melalui persidanga­n video dari Belgium, di mana beliau berlindung selepas parlimen wilayahnya mengisytih­arkan kemerdekaa­n pada 27 Oktober lalu atas kebimbanga­n beliau tidak akan mendapat perbicaraa­n yang adil.

“Mereka (Madrid) mahu menimbulka­n kesukaran sebanyak mungkin supaya kami tidak dapat berkempen secara saksama dengan calon lain,” katanya dalam ucapan kepada rali parti di Barcelona sejurus sebelum tengah malam.

“Para pengundi boleh memilih antara negara atau penyerahan, mereka boleh memilih antara institusi Catalan atau watak gelap di Madrid,” tambah Puigdemont yang mana ekstradisi­nya telah dipohon Sepanyol yang mahu menghukumn­ya dan pemimpin pemisah lain yang telah dipenjara atas peranan mereka dalam kempen kemerdekaa­n itu dan penyalahgu­naan dana awam.

Reben kuning bagi melambangk­an sokongan untuk para pemimpin pemisah yang dipenjara diletakkan di atas kerusi kosong yang telah dikhususka­n untuk Puigdemont semasa rali tersebut.

Reben kuning juga menempati kerusi kosong untuk Junqueras pada rali pembukaan partinya di bandar Vic, 100 kilometer ke utara.

Madrid menyeru pilihan raya baharu selepas pengisytih­aran kemerdekaa­n itu, tatkala mengetepik­an kerajaan Catalonia dan menggantun­g autonomi wilayah tersebut, dengan harapan keadaan akan kembali normal.

Dua belas daripada 13 anggota kerajaan Catalonia yang dipecat bertanding dalam pilihan raya itu, dengan Puigdemont dan Junqueras bersaing untuk mengetuai kem pemisah.

Semasa pilihan raya wilayah terakhir apda 2015, parti pemisah merangkul 47.8 peratus undi sekali gus mendapat majoriti tipis 72 kerusi dalam parlimen wilayah yang mempunyai 135 kerusi.

Tatkala pemisah bersatu menentang apa yang didakwa sebagai ‘penindasan’ Madrid, mereka berbelah bahagi mengenai masa depan wilayah tersebut.

Parti Demokratik Rakyat Catalonia Eropah (PDECAT) pimpinan Puigdemont dan parti ERC kendalian Junqueras bertanding atas tiket bersama dua tahun lalu tetapi kali ini mereka bersaing.

Tinjauan yang diterbitka­n kelmarin oleh Pusat Penyelidik­an Sosiologi ( CIS) kendalian kerajaan pusat meramalkan tiga parti prokemerde­kaan akan mendapat 44.4 peratus undi yang meliputi 66 hingga 67 kerusi, berbanding majoriti mutlak 68 kerusi.

Tiga parti yang menentang tegas kemerdekaa­n akan mendapat 44.3 peratus undi yang meliputi 59 hingga 60 kerusi, cadang tinjauan.

Keputusan mungkin ditentukan, menurut tinjauan, oleh Comu, pakatan parti kiri jauh Podemos dan Datuk Bandar Barcelona Ada Colau, yang mungkin meraih sembilan kerusi. Parti tersebut menolak k e m e r d e k a a n t e t a p i menyokong referendum yang mengikat secara sah pemisahan yang menurut kerajaan pusat melanggar perlembaga­an.

“Kami memegang kunci yang akan merungkai situasi, kunci yang boleh membuka tempoh baharu penyelesai­an,” calon utama parti Xavier Domenech berkata semasa rali pembukaan parti di L’Hospitalet de Llobregat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TETAPKAN MATLAMAT: Bekas presiden kerajaan Catalonia dan pemimpin parti PDECAT Artur Mas dan isterinya Helena Rakosnik duduk bersebelah­an kerusi kosong dengan reben kuning mewakili Puigdemont semasa mesyuarat perasmian kempen di Barcelona kelmarin.
— Gambar AFP TETAPKAN MATLAMAT: Bekas presiden kerajaan Catalonia dan pemimpin parti PDECAT Artur Mas dan isterinya Helena Rakosnik duduk bersebelah­an kerusi kosong dengan reben kuning mewakili Puigdemont semasa mesyuarat perasmian kempen di Barcelona kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia