Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 60 Ahli Parlimen Jepun lawat Yasukuni

-

TOKYO: Puluhan anggota perundanga­n Jepun semalam melakukan kunjungan ke tempat kontrovers­i Tokong Yasukuni, yang dilihat negara jiran China dan Korea Selatan sebagai simbol ketenteraa­n zaman lampau Tokyo.

Perdana Menteri Shinzo Abe tidak menghantar sesajian, menurut pegawai tokong.

Tiada menteri dalam kalangan kumpulan tersebut, menurut pegawai dalam dewan tertinggi parlimen.

Secara keseluruha­n, 61 Ahli Parlimen, kebanyakan dari Parti Demokratik Liberal yang bersifat konservati­f pimpinan Abe, melawat tokong perang itu dan 76 lagi menghantar wakil, jelas beliau.

T o k o n g t e r s e b u t memperinga­ti jutaan mangsa perang Jepun namun pegawai kanan tentera dan politik yang disabitkan atas jenayah perang selepas Perang Dunia II turut diselitkan.

Beijing dan Seoul melihat tokong itu sebagai simbol penindasan lampau di Tokyo.

Kawasan tersebut selama beberapa dekad telah menjadi tumpuan kritikan negaranega­ra yang mengalami kesan penjajahan dan penindasan Jepun ketika separuh pertama abad ke-20.

Pada Oktober, Abe menghantar sesajian ke tokong itu namun tidak melawat, tindakan yang dilihat cuba meminimumk­an bantahan negara jiran mengenai isu tersebut.

Kumpulan tersebut telah menangguhk­an lawatan musim luruh tahunan hingga semalam ketika mereka sibuk berkempen bagi pilihan raya umum pada Oktober.

“Saya berdoa agar tiada sesiapa lain akan disemadika­n berdasarka­n ketegangan di Korea Utara,” menurut Hidehisa Otsuji, bekas anggota dewan tinggi dan presiden kumpulan tersebut.

Lawatan itu dilakukan ketika ketegangan meningkat sepanjang program nuklear dan misil di Korea Utara ketika Pyongyang pada minggu lepas melakukan ujian tembakan satu lagi misil balistik yang jatuh di Lautan Jepun.

Abe telah melawat pada Disember 2013 sempena menyambut tahun pertama memegang jawatannya, tindakan yang mencetuska­n kemarahan Beijing dan Seoul serta mendapat tentangan diplomatik sekutu rapat Amerika Syarikat (AS), yang menyatakan ia kecewa dengan tindakan tersebut.

Namun beliau kemudian tidak dibenarkan melawat dan menghantar sesajian.

Abe dan nasionalis lain menyatakan Yasukuni adalah tempat bagi memperinga­ti anggota tentera yang terkorban, malah membanding­kannya dengan Perkuburan Negara Arlington di AS. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BANGKIT KONTROVERS­I: Seorang sami Shinto mengiringi anggota perundanga­n Jepun yang melawat Tokong Yasukuni di Tokyo, semalam.
— Gambar AFP BANGKIT KONTROVERS­I: Seorang sami Shinto mengiringi anggota perundanga­n Jepun yang melawat Tokong Yasukuni di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia