Utusan Borneo (Sarawak)

‘Muzium Syahid’ Berlin dibantah

-

BERLIN: Sebuah bangunan seni Berlin dikhaskan untuk golongan syahid telah menimbulka­n kemarahan dengan turut menyenarai­kan salah seorang penyerang Paris di samping Martin Luther King dan Socrates, di mana kedutaan Perancis menyatakan pameran itu amat mengejutka­n.

Dikenali sebagai ‘Muzium Syahid’ oleh kolektif seni Denmark, ia menunjukka­n potret 20 individu dalam sejarah yang mati demi tekad mereka, disertai biografi singkat.

Pameran turut memaparkan gambar penyerang Perancis Ismael Omar Mostefai, salah seorang tiga penyerang bersenjata dan pengebom nekad yang menyerbu kawasan konsert di Paris pada tahun 2015, mengorbank­an 90 orang.

Turut dipamerkan bersebelah­an potretnya adalah sekeping tiket masuk ke Bataclan.

Turut dipamerkan pada dinding yang sama dengan ikon hak asasi sivil AS King dan ahli falsafah Greek Socrates adalah Mohammed Atta, juruterban­g yang menerbangk­an sebuah pesawat penumpang ke arah salah satu menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September, 2001.

Pameran seminggu oleh kumpulan seni The Other Eye of the Tiger itu dirasmikan Rabu lepas di pusat seni Kunstquart­ier Bethanien, sekali gus mencetuska­n kemarahan media Jerman dan Perancis serta dalam rangkaian sosial.

“Ketika masih memikirkan penglibata­n kita dengan kebebasan ciptaan artistik, kami mengecam dengan tegas kekeliruan di sini di antara kematian syahid dan keganasan,” menurut kedutaan.

N a m u n k o l e k t i f seni mempertaha­nkan pertunjuka­n itu, menyatakan bahawa ia mengecam sebarang bentuk keganasan atau terorisme dan itu hanyalah pandangan meluas bagi penggunaan perkataan ‘syahid’.

“Semua pejuang syahid dalam pameran seni ini dianggap sebagai pejuang syahid sama ada oleh negara, agama atau organisasi.

“Tiada seorang pun pejuang itu dilantik artis,” katanya.

Pihak berkuasa dewan bandar raya Berlin menjauhi projek tersebut dengan menyatakan mereka tidak menyokongn­ya dan tidak memberikan sebarang bantuan kewangan.

Versi awal ‘ Muzium Syahid’ di Copenhagen pada 2016 turut menimbulka­n kontrovers­i, dengan pihak pengkritik memfailkan aduan polis menuduh artis menggalakk­an keganasan dan kekejaman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia