Utusan Borneo (Sarawak)

Berlian Sierra Leone cecah AS$6.5j

-

NEW YORK: Sierra Leone telah menjual salah satu berlian terbesar yang belum dipotong di dunia dengan nilai AS$6.5 juta dalam satu lelongan di New York kelmarin bagi mengumpul dana untuk projek pembanguna­n di negara Afrika Barat.

Batu permata bersaiz sebiji telur itu dikenali sebagai ‘Berlian Keamanan’, telah dibeli jauhari British Laurence Graff, menurut Martin Rapaport, pengerusi Rapaport Group, rangkaian syarikat berlian yang menguruska­n lelongan tersebut.

“Seratus peratus nilai berlian ini, daripada lelongan ini, akan disalurkan kepada kerajaan dan penduduk Sierra Leone,” Rapaport memberitah­u wartawan.

Berlian tersebut telah ditemui pada Mac lalu di wilayah Kono di timur Sierra Leone oleh seorang paderi Kristian yang memberikan­nya kepada kerajaan untuk menguruska­n jualannya.

Ia adalah cubaan kedua kerajaan untuk menjual berlian itu selepas ia menolak bidaan paling tinggi AS$7.8 juta dalam lelongan awal di bandar utama Freetown pada Mei.

Sebelum lelongan kelmarin, berlian itu ditunjukka­n kepada kira-kira 70 bakal pembeli dan menerima tujuh bidaan, jelas Rapaport.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) telah menarik balik pengharama­n eksport berlian Sierra Leone pada 2003, walaupun sektor bernilai AS$ 113 juta itu dibelenggu penyeludup­an.

Berlian memarakkan perang sivil sedekad di Sierra Leone yang berakhir pada 2002, di mana pemberonta­k memaksa orang awam melombong dan membeli senjata, membuatkan­nya digelar ‘berlian berdarah’. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH MENTAH: ‘Berlian Keamanan’ dipamerkan menjelang lelonganny­a di New York, kelmarin.
— Gambar AFP MASIH MENTAH: ‘Berlian Keamanan’ dipamerkan menjelang lelonganny­a di New York, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia