Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja Syria merayu peluang

-

THE HAGUE: Seorang remaja Syria membuat rayuan kelmarin kepada dunia agar memberikan peluang kepada pelarian dari negaranya, ketika beliau menerima anugerah berprestij Internatio­nal Children’s Peace Prize di The Hague.

“Kami hanya ingin diberikan satu peluang bagi membuktika­n diri kami sendiri,” kata Mohamad alJounde, 16.

“Saya boleh berjanji kepada anda, kami juga orang seperti mereka, kita hidup dalam dunia yang sama,” tambahnya ketika menerima anugerah tersebut dalam acara gilang gemilang di dewan pertengaha­n bandar utama Belanda.

Ucapan remaja itu dibuat selepas satu lagi gelombang serangan udara tentera Syria membunuh sekurangku­rangnya 25 orang awam dan mencederak­an puluhan lagi di kawasan pemberonta­k Ghouta Timur berhampira­n Damsyik Ahad lepas, menurut kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain

Lebih 340,000 mati di Syria sejak konflik bermula pada Mac 2011 dan lebih lima juta melarikan diri, menurut agensi pelarian PBB.

Ramai pelarian termasuk 2.5 juta kanak-kanak kini menetap di kem- kem di Lubnan, Turki, Jordan dan tempat-tempat lain.

“M o h a m a d t e l a h m e n e r i m a a n u g e r a h atas penat lelahnya bagi memastikan hak kanak-kanak pelarian Syria,” menurut KidsRights Foundation, yang menganjurk­an anugerah itu.

Pelarian muda itu dan keluargany­a telah membina sebuah sekolah yang menempatka­n 200 kanakkanak di sebuah kem pelarian di Lubnan di mana beliau mengajar matematik, bahasa Inggeris dan minatnya, fotografi.

“Seperti yang Mohamad ketahui, masa depan Syria bergantung kepada kanak- kanak dan masa depan mereka bergantung kepada pendidikan,” menurut pemenang Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai.

“Pesanan saya kepada orang yang tidak mahu pelarian berada di Eropah adalah kami tidak juga ingin datang, namun itulah kesan peperangan,” menurut Jounde yang kini menetap di Sweden bersama ibu dan bapanya namun kakaknya masih terperangk­ap di Lubnan.

KidsRights memberikan anugerah tahunan itu sejak 13 tahun lalu kepada kanakkanak yang berjuang bagi hak asasi dan ini turut termasuk pelaburan 100,000 euro bagi projek di negara asal pemenang.

Pemenang sebelum ini termasuk Yousafzai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAYUAN: Jounde menjulang trofi yang diserahkan Yousafzai pada acara di Ridderzaal, The Hague kelmarin.
— Gambar AFP RAYUAN: Jounde menjulang trofi yang diserahkan Yousafzai pada acara di Ridderzaal, The Hague kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia