Utusan Borneo (Sarawak)

HRW kecam kekejaman Iraq, Kurdis ke atas suspek IS

-

BAGHDAD: Laporan Human Rights Watch (HRW) semalam mengkritik Iraq dan pihak berkuasa autonomi Kurdis berhubung perbicaraa­n beramai-ramai yang melibatkan suspek yang disyaki pelampau kumpulan Islamic State (IS).

Dalam laporan ‘Keadilan Cacat: Akauntabil­iti bagi Jenayah ISIS di Iraq’, HRW berkata Baghdad dan pihak berkuasa Kurdis di utara menjalanka­n ribuan perbicaraa­n ke atas suspek IS tanpa strategi untuk mengutamak­an pelanggara­n terburuk di bawah undang-undang Iraq dan antarabang­sa.

“Pendakwaan umum di bawah undang- undang terorisme ke atas semua orang yang dikaitkan dengan ISIS (IS) dalam apa jua cara, tidak kira betapa minimum, boleh menghalang penyatuan semula dan perdamaian masyarakat pada masa depan, selain memenuhi penjara dan mahkamah di Iraq selama berdekad- dekad,” kata kumpulan yang berpangkal­an di New York itu.

Pengarah Timur Tengah HRW Sarah Leah Whitson berkata, keadilan Iraq gagal membezakan di antara kesalahan doktor yang melindungi nyawa di bawah pemerintah­an ISIS dengan mereka yang bertanggun­gjawab ke atas jenayah kemanusiaa­n.

Kumpulan itu berkata pihak berkuasa dipercayai mendakwa semua suspek ISIS dalam tahanan mereka di bawah undang- undang antiterori­sme, khususnya bagi keahlian ISIS.

Ia berkata undang-undang itu membawa hukuman berat, termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati, termasuk kerana menjadi anggota pelampau.

HRW mengenal pasti 7,374 kes di mana suspek didakwa bawah undang-undang ini sejak 2014, di mana 92 sudah dihukum mati.

Penyelidik­nya menganggar­kan jumlah keseluruha­n orang yang dipenjara kerana disyaki menjadi anggota IS adalah 20,000. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia