Utusan Borneo (Sarawak)

Penculik aktif lakukan jenayah rentas sempadan di perairan negara: Ramli

-

KOTA KINABALU: Pasukan keselamata­n Malaysia dan Filipina sedang memburu seorang lagi anggota ‘kumpulan Remy’atau dikenali sebagai ‘Two Brothers’ iaitu kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan di perairan negara, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata kumpulan Two Brothers yang dianggotai 11 individu, bergiat aktif dan banyak melakukan jenayah rentas sempadan di perairan negara pada 2014 hingga penghujung 2015.

“Empat anggota kumpulan berkenaan telah berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamata­n Filipina, manakala seorang lagi ditembak mati oleh pasukan keselamata­n negera di perairan Silam, Lahad Datu, kelmarin.

“Lima lagi anggota kumpulan itu berjaya ditahan oleh pasukan keselamata­n Filipina dan seorang lagi masih bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Inisiatif ‘Have ExPolicema­n Serve As Neighborho­od Safety Leaders’ di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ramli berkata maklumat yang diterima mengatakan suspek yang sedang diburu itu kini berada di selatan Filipina dan sering kali berlegar memasuki perairan negara.

“Kami percaya suspek berkenaan telah bergabung dengan kumpulan KFR yang lain dan menyamar sebagai nelayan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Ramli berkata inisiatif yang dilaksanak­an di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu bertujuan untuk menjalinka­n kerjasama dan menjadikan pesara-pesara polis sebagai “mata dan telinga pihak polis” di kawasan kediaman mereka untuk membantu pihak polis dan masyarakat mengekang serta mencegah jenayah.

“Kami menyaranka­n agar pesara polis mendaftar sebagai Ahli Volunteer Smartphone Patrol ( VSP) bagi memudahkan mereka menyalurka­n maklumat dengan pantas dengan cara memasukkan maklumat, gambar,video dan lokasi kejadian kepada pihak polis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia