Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja Indonesia di Sabah dianiaya majikan boleh lapor ke KRI

-

TAWAU: Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di negeri ini tetapi teraniaya termasuk tidak dibayar gaji perlu melaporkan segera kepada Pejabat Konsulat Republik Indonesia (KRI) yang berhampira­n, kata Konsul KRI di Tawau Krishna Djelani.

Katanya, perkara itu bagi membantu golongan TKI teraniaya mencari jalan penyelesai­an bersama pihak majikan.

“Pihak konsulat tidak dapat memberi bantuan atau perlindung­an kepada TKI yang tidak membuat laporan berkaitan permasalah­an mereka,” katanya kepada Bernama mengulas dakwaan terdapat majikan tidak membayar gaji TKI sehingga tempoh enam bulan.

Menurut Krishna, perkara seumpama itu tidak boleh dibiarkan kerana melibatkan kelangsung­an hidup seharian para pekerja dan boleh menjejaska­n kehidupan berkeluarg­a.

“Pihak majikan perlu bertanggun­gjawab menunaikan janji membayar gaji pekerja seperti yang diperuntuk­kan dalam undang-undang kerja Malaysia,” katanya.

Bernama difahamkan, seorang wanita tempatan membuat laporan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, di sini menuntut cerai daripada suaminya warga Indonesia, yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n kerana tidak mahu berhenti kerja meskipun tidak menerima gaji selama enam bulan.

DIfahamkan, pekerja TKI lain di tempat suaminya bekerja turut belum menerima gaji hingga kini.

Dalam pada itu Krishna berkata, pihaknya memandang berat terhadap dakwaan itu dan meminta isteri berkenaan membuat laporan di pejabatnya untuk tindakan susulan. — Bernama

 ??  ?? KERJASAMA BERTERUSAN: Sazali menyampaik­an cendera kenangan kepada Sairin. Turut kelihatan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.
KERJASAMA BERTERUSAN: Sazali menyampaik­an cendera kenangan kepada Sairin. Turut kelihatan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia