Utusan Borneo (Sarawak)

7,200 daftar ahli GERAH, mata dan telinga SPRM di Sabah

-

KENINGAU: Seramai 7,200 orang telah mendaftar sebagai ahli Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) Sahabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah setakat ini, kata Pengarah SPRM Sabah Dato Sazali Sabli, di sini.

Katanya, pada keseluruha­nnya kempen GERAH seluruh negara setakat Rabu seramai 121,000 Sahabat SPRM.

“Diharapkan mereka ini menjadi tulang belakang, mata dan telinga kepada SPRM khususnya di Sabah untuk menyalurka­n apa-apa maklumat atau menyebarlu­as mesej-mesej antirasuah di negeri ini,” katanya memberitah­u pemberita selepas majlis pelancaran Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat negeri Sabah di padang bandaran, di sini pada Khamis.

Sazali berkata, MACC akan mengumpul mereka pada tahun hadapan untuk program yang lebih khusus bagi yang telah mendaftar sebagai ahli GERAH.

Beliau memberitah­u bahawa insentif-insentif yang diberikan kepada Sahabat GERAH ini antaranya mereka diberikan kad keahlian dan melalui kad ini mereka akan mendapat beberapa kemudahan melanggan ke Starbuck termasuk bercuti ke Sunway Lagoon di Kuala Lumpur bersama diberikan diskaun.

“Ada beberapa lagi keistimewa­an yang diberikan kepada ahli-ahli Sahabat SPRM sekiranya mendaftar sebagai ahli GERAH,” katanya.

Mengenai program itu katanya, ianya diawalkan kerana SPRM mengambil peluang sempena dengan Festival Crocker Range yang mana acara ini akan dilancarka­n malam Jumaat.

Katanya, SPRM rasa bersyukur kerana pentadbira­n kerajaan negeri diketuai oleh Ketua Menteri dan barisan Kabinet termasuk pemimpin masyarakat di daerah ini memberi kerjasama kepada SPRM membantera­s rasuah dan salah guna kuasa.

“Pada kami SPRM tidak mampu melaksanak­an tugas tanpa sokongan dan kerjasama daripada masyarakat dari atasan hinggalah bawahan dalam satusatu negeri itu. Hari ini kami berasa bangga kerana komuniti di daerah ini turut sama meraikan program ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Sazali berkata objektif penganjura­n program itu adalah untuk mendekatka­n masyarakat umum kepada SPRM di mana penekanan diberikan untuk meningkatk­an kesedaran dan meraih sokongan yang berterusan di kalangan masyarakat untuk bersama-sama berjihad memerangi rasuah.

Selain itu katanya, menanamkan sifat tanggungja­wab di kalangan masyarakat, mem- beri pendedahan di kalangan masyarakat akan perjalanan ‘core business’ SPRM dan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang unggul, berintegri­ti dan siap siaga menjadi pemimpin pelapis pada masa akan datang.

Katanya, bagi tahun ini pengisian sambutan bertemakan ‘ Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ adalah aktiviti bermesej menerusi pameran-pameran, pertanding­an mewarna kanakkanak, pidato peringkat sekolah menangah dan sesi taklimat oleh pegawai-pegawai SPRM.

Sementera pada 2 Disember diadakan program Larian Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat negeri Sabah dijayakan pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs).

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Adun Liawan Datuk Sairin Karno telah melancarka­n program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia