Utusan Borneo (Sarawak)

Badan gereja Tenom, Kemabong terima sumbangan Krismas

-

TENOM: Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom menyampaik­an bantuan sejumlah RM15,000 kepada badan-badan gereja di daerah Tenom dan Kemabong sempena persiapan sambutan Krismas akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berharap bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat meringanka­n beban dalam persediaan menyambut perayaan ini serta kegunaan pelbagai aktiviti keagamaan masyarakat Kristian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program seikhlas kasih sempena perayaan Krismas 2017 anjuran Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tenom di Dewan Ontoros, di sini pada Jumaat.

Katanya, program yang diadakan ini merupakan acara tahunan pihak Pergerakan Wanita UMNO Tenom, dalam menyantuni rakyat berbilang kaum dan kepercayaa­n seperti perayaan-perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

Pada majlis ini, seramai 126 warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampu­an turut menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian.

Dalam perkembang­an lain, Rahmahjan turut berharap Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 yang akan disempurna­kan oleh Presiden Parti UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan terus mengambil berat terhadap ahli-ahli UMNO di negeri ini.

Katanya, negeri ini adalah yang teramai mempunyai ahli UMNO dan sudah tentunya sokongan daripada kepimpinan UMNO pusat amat diperlukan terutama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU14) akan datang sekali gus membolehka­n Kerajaan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar pada pilihan raya ini nanti.

Perhimpuna­n Agung UMNO akan berlangsun­g 5 hingga 9 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Rubin dan Rahmahjan menyampaik­an bantuan kepada warga emas yang hadir.
RINGANKAN BEBAN: Rubin dan Rahmahjan menyampaik­an bantuan kepada warga emas yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia