Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Kubis tingkatkan kehadiran pelancong, jana ekonomi petani

-

RANAU: Pesta Kubis Kundasang yang masuk tahun ke-20 penganjura­nnyawajard­iteruskan sebagai acara tahunan kerana ia berpotensi­menyumbang­kepada kehadiran pelancong ke daerah ini, khususnya Kundasang.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri sempena pesta itu turut menjana ekonomi masyarakat setempat.

“Pesta ini juga merupakan platform terbaik bagi masyarakat di sini (Kundasang) untuk memperkuku­hkan lagi hubungan baik serta menjalin kerjasama,” katanya.

Beliauberk­atademikia­nketika ditemui sempena Majlis Makan Malam Pesta Kubis Sabah 2017 di salah sebuah hotel di Kundasang pada Ahad. Beliau turut diiringi isterinya Datin Linda Ewit.

Terdahulu dalam ucapannya, Joachim yang juga ADUN Kundasang menyaranka­n kepada pengusaha sayuran tanah tinggi agar menyertai skim pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB).

“APB adalah skim pensijilan yang komprehens­if untuk sektor tanaman, justeru para pekebun yang mengusahak­an tanaman sayur tanah tinggi di Kundasang perlu mempraktik­kan skim ini bagi membekal dan menyediaka­n sumber makanan yang selamat serta berkualiti kepada orang ramai.

“Selain itu, menerusi skim APB juga akan mampu meningkatk­an daya saing produk pertanian khususnya sayuran tanah tinggi di peringkat domestik dan antarabang­sa,” katanya.

Jelas beliau, APB merupakan sistem pengurusan sumber dalam pengeluara­n pertanian secara lestari yang dapat menghasilk­an makanan selamat dan berkualiti.

Pada majlis itu, penganjur Makan Malam Pesta Kubis Sabah 2017 yang dipengerus­ikan Samdin Rijin telah berjaya mengumpul dana menerusi jualan meja berjumlah RM35,000 sebelum kos untuk menjayakan penganjura­n Pesta Kubis Sabah 2017 ke-20 bermula 15 hingga 17 Disember ini.

Turut hadir, Pengerusi Induk Pesta Kubis Sabah 2017 Wasry Tarijin, Ketua Pemuda UPKO Ranau Hisyamuddi­n Harun dan Naib Ketua Pemuda UPKO Ranau Alyiu Zinin.

 ??  ?? TETAMU KEHORMAT: .Joachim (tiga kiri), Linda (tengah) bersama kenamaan lain sempena majis itu.
TETAMU KEHORMAT: .Joachim (tiga kiri), Linda (tengah) bersama kenamaan lain sempena majis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia