Utusan Borneo (Sarawak)

Program wakaf meja ganti peralatan usang di SARM

-

MIRI: Sekolah Agama Rakyat Miri (SARM) akan mengadakan Program Wakaf Meja Murid Tahun 3,4, 5 dan 6 bagi mengganti peralatan meja yang sudah usang.

Guru Besar SARM Fauziah Mokhtar Khan berkata pihaknya memerlukan dana sekurang- kurangnya RM12,000 bagi menggantik­an meja rosak.

Dana itu nanti katanya, dapat membeli 100 meja baharu untuk kegunaan pelajar dan berharap usaha mengumpul dana bagi tujuan berkenaan mencapai matlamat.

Mereka yang ingin menyumbang dana boleh menghubung­i SARM di talian 085435382 atau datang secara terus ke sekolah berkenaan.

Sementara itu, lebih ramai ibu bapa dilihat komited menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang memfokuska­n pendidikan agama.

Kelas di sekolah itu bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang dan kebanyakan murid datang dari sekolah lain yang belajar pada sesi pagi.

Antara mata pelajaran yang diajar ialah bacaan atau hafazan al-Quran/Iqra’, Tauhid, Sirah, Fekah, Akhlak, Bahasa Arab dan Jawi.

Sekolah itu turut menjalanka­n kegiatan kokurikulu­m seperti nasyid, kompang, qasidah, pengucapan awam dan guru-gurunya mendapat pentauliah­an daripada Jabatan Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Nama Madrasah As-Shibyan diambil sempena memperinga­ti sekolah Melayu di Kampung Dagang yang ditubuhkan oleh Tengku Syed Othman sebelum perang dunia kedua pada 1900.

Sekolah itu kemudian diambil alih oleh Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri pada 1986 dan diuruskan sehingga sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia