Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada dengan pemberi pinjaman wang haram: BNM

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) meminta orang ramai supaya berwaspada terhadap individu atau syarikat yang menjalanka­n aktiviti pemberian pinjaman wang haram menggunaka­n lesen palsu yang kononnya dikeluarka­n oleh bank pusat itu.

Dalam satu kenyataan semalam, BNM berkata pihak yang terlibat menyasarka­n untuk memperdaya orang ramai supaya mempercaya­i mereka sebagai pemberi pinjaman wang berlesen dan mengaburi orang ramai supaya membuat pembayaran awal untuk pelbagai tujuan berkaitan pinjaman, seperti perbelanja­an pentadbira­n, duti setem dan yuran guaman.

“BNM tidak mengeluark­an lesen pemberian pinjaman wang. Perniagaan pemberian pinjaman wang dikawal selia mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan ditadbir oleh Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kegiatan penipuan ini dijalankan menerusi laman web, media sosial, panggilan telefon, SMS, e- mel atau dalam bentuk komunikasi lain,” kata BNM.

Bank pusat menggesa mangsa penipuan kewangan seperti ini supaya membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dijalankan, dan mengingatk­an orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap mana-mana pihak yang mendakwa mereka diberikan lesen oleh BNM.

Orang ramai juga dinasiatka­n supaya merujuk senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan mengikut undangunda­ng yang ditadbir oleh bank negara, dengan melayari http:// www. bnm. gov. my sebelum membuat sebarang transaksi perniagaan atau pelaburan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia