Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat risikan ditingkat, bendung seludup dadah

-

TAWAU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau akan meningkatk­an lagi kerja mengumpul maklumat melalui risikan untuk mengekang jenayah rentas sempadan terutama berkaitan penyeludup­an dadah.

Ketua BSJND Tawau ASP Andi Ma’mur Halwati berkata usaha itu antara matlamat yang ditetapkan mengambil kira faktor geografi Tawau terletak di sempadan antarabang­sa.

“Kita juga mahu meningkatk­an tangkapan terhadap pengedar dadah di daerah ini menerusi Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata operasi yang lebih terancang dan sistematik akan dilancarka­n selain turut menumpukan kepada tangkapan penagih dadah kes berulang.

Menurutnya, penagihpen­agih dadah yang ditangkap dan mempunyai kes berulang akan diusahakan supaya dapat didakwa mengikut Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Diharap usaha yang dilakukan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak termasukla­h warga Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis serah terima tugas KBSJND daripada pemangkuny­a, Insp Izwan Abdol Rahman, selepas jawatan itu dikosongka­n selama tiga bulan.

Utusan Borneo difahamkan, Andi Ma’mur berasal dari Sandakan dan bertugas sebagai Inspektor Risikan, Operasi dan Tahanan BSJND Kota Kinabalu sebelum berpindah ke Tawau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Nor Azizulkifl­i Mansor yang menyaksika­n acara serah terima tugas itu mengalualu­kan visi dan misi KBSJND Tawau yang baharu.

“Kita berharap beliau dapat mengaplika­sikan kemahiran dan pengalaman selama 12 tahun berkhidmat dalam kepolisan serta menggalas tugas yang diamanahka­n dengan baik.

“Sekali gus bersama-sama kita dalam membantu IPD Tawau mencapai sasaran yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Tawau untuk mewujudkan ‘Tawau Sejahtera,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia