Utusan Borneo (Sarawak)

TIPU TIKET PENERBANGA­N, JEL 20 BULAN

-

SIBU: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat penerbanga­n dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas 51 pertuduhan menipu.

Tertuduh, Alfizah Ahmad, 35, didakwa menipu Mona Lisa, 35, dengan memperdaya­kan mangsa untuk percaya bahawa dia boleh membantu mangsa menempah tiket penerbanga­n domestik dan antarabang­sa dengan harga murah.

Akibat diperdaya oleh tertuduh, mangsa kerugian sebanyak RM34,328.70.

Alfizah didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April 2017 dan 27 Julai 2017 dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Ian Lee dalam rayuannya memberitah­u bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 16 dan 17 tahun.

Selepas kejadian itu, tertuduh telah diceraikan dengan ‘talak satu’ oleh suaminya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Ian, tertuduh sebelum itu merupakan Pengurus Bertugas (Duty Manager) di sebuah syarikat penerbanga­n dan terpaksa meletakkan jawatan pada Mac 2017.

Kesemua 51 pertuduhan itu, katanya, hanya melibatkan seorang mangsa.

Tertuduh, katanya, juga kesal dengan apa yang telah berlaku.

 ??  ?? MENGAKU SALAH: Alfizah (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret selepas dijatuhi hukuman penjara 20 bulan.
MENGAKU SALAH: Alfizah (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret selepas dijatuhi hukuman penjara 20 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia