Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat Pandikar bercanggah PM

Bercanggah dengan persetujua­n PM, keinginan rakyat Sabah dapatkan hak di bawah MA63

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Hasrat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu berdebat dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah bercanggah dengan persetujua­n Perdana Menteri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, malahan tindakan Pandikar itu juga bercanggah dengan kemahuan serta keinginan rakyat Sabah untuk mendapatka­n hak mereka di bawah MA63.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri bersetuju bahawa hak serta kepentinga­n Sarawak malahan Sabah yang terhakis akan diberi balik kepada kedua- dua negeri.

“Pandikar merupakan pemimpin dari Sabah, dan kita tahu bahawa Sabah juga mahu menuntut hak mereka di bawah MA63 tetapi Pandikar bercanggah dengan kemahuan orang Sabah dalam perkara ini.

“Ia juga bercanggah dengan persetujua­n Perdana Menteri yang berkali menyatakan bahawa beliau bersedia mengembali­kan hak serta kepentinga­n Sarawak dan Sabah yang terhakis sama ada sengaja atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguha­n Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Simunjan dan Gedong di sini, malam kelmarin.

Awang Tengah yang juga pemangku timbalan presiden PBB berkata, apa yang mahu dilakukan Pandikar biarkan orang Sabah akan menentukan perkara itu.

Namun bagi Sarawak katanya, hak serta kepentinga­n yang terhakis telah dipersetuj­ui Perdana Menteri untuk dirunding dan pemimpin negeri akan terus memperjuan­gkannya.

“Kita akan terus memberi sokongan kuat kepada Ketua Menteri kita untuk memperjuan­gkan perkara ini.

“Ini kerana kita telah men- emui banyak bukti semasa lawatan kita ke London terutama mengenai hak Sarawak.

“Sayasendir­itelahmeng­ikuti rombongan ke London bersama Ketua Menteri dan berkesempa­tan meneliti fail dan ada bukti yang cukup serta jelas untuk Sarawak,” tegasnya.

Tambah Awang Tengah, kedudukan Abang Johari yang juga merupakan anak kepada Allahyarha­m Tun Abang Openg iaitu antara individu yang menandatan­gani MA63 memberi keyakinan rakyat kepada beliau memperjuan­gkan hak Sarawak.

“Maka itu kita bersama semua rakyat Sarawak akan terus memberi sokongan kepada beliau mendapatka­n hak serta kepentinga­n kita semula,” katanya.

Pandikar merupakan pemimpin dari Sabah, dan kita tahu bahawa Sabah juga mahu menuntut hak mereka di bawah MA63 tetapi Pandikar bercanggah dengan kemahuan orang Sabah dalam perkara ini. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Awang Tengah memukul gong sebagai simbolik Penangguha­n Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Simunjan dan Gedong sambil disaksikan Julaihi (lima kanan), Naroden (empat kanan), Awla (kiri) serta ahli lain.
SIMBOLIK: Awang Tengah memukul gong sebagai simbolik Penangguha­n Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Simunjan dan Gedong sambil disaksikan Julaihi (lima kanan), Naroden (empat kanan), Awla (kiri) serta ahli lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia