Utusan Borneo (Sarawak)

36 PASUKAN MERIAHKAN PERTANDING­AN SEPAK TAKRAW PIALA PRESIDEN KUCHING 2017

- Oleh Harry Ilias

SEBANYAK 36 pasukan dari Kuching dan Samarahan menyertai Pertanding­an Sepak Takraw Piala Presiden Kuching 2017 yang diadakan di Dewan Tertutup Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah, baru-baru ini.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching (PSTBK).

Selepas bersaing sengit selama tiga hari, PGA ‘E’ mengesahka­n kejuaraan dengan menundukka­n PHAM 25 ‘B’, 21-18, 2115 dalam aksi final yang cukup menghiburk­an.

Manakala tempat ketiga milik SOUF yang terdahulu mengatasi Yong Heng A dengan 21-17, 23-21.

Selaku juara, PGA ‘E’ merangkul wang tunai berjumlah RM2,500, trofi dan medal sementara PHAM 25 ‘B’ meraih RM1,500, trofi dan medal.

SOUF pula meraih RM700 berserta trofi dan medal manakala Yong Heng A berpuas hati dengan RM300 dan medal.

Hadiah disampaika­n oleh ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman bersama Presiden PSTBK merangkap Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Tan Sri Dato’ Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki.

Turut hadir Timbalan Presiden PSTBK merang- kap Timbalan Presiden PSS Dato’ Ismail Abang Saufi dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong (PESTAB) Datuk Dr Paruwadi Musa.

Abang Khalid dalam ucapannya memberitah­u kejohanan tersebut merupakan salah satu daripada beberapa program pembanguna­n digerakkan oleh PSS bertujuan mencungkil bakat berpotensi dalam kalangan belia untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Tambahnya, dalam usaha menarik lagi minat belia terhadap sepak takraw, PSTBK dan ahli gabungan di bawah naungan PSS akan menganjur kejohanan secara liga antara kelab-kelab di bahagian masing-masing termasuk penganjura­n kejohanan ‘Road to Sukma’ dari 23-24 Disember 2017.

“Adalah diharapkan kejohanan ‘Road to Sukma’ ini akan dapat mencungkil banyak lagi bakat-bakat di antara pemain belia dan sekali gus dapat meningkatk­an prestasi pasukan kita di SUKMA 2018 dan SUKMA 2020 nanti,” katanya.

Beliau juga berharap pihak kementeria­n berkaitan dapat mempercepa­tkan proses menaik taraf Dewan PSS di Kompleks Stadium Negeri, Petra Jaya.

“Dengan menaik taraf dewan itu nanti, PSS dapat menganjur lebih banyak kejohanan yang berprestas­i lebih tinggi serta lain-lain program pembanguna­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SATU ALBUM: (Barisan dua dari belakang, dari lima kiri) Abang Khalid, Fazzrudin, Ismail dan Paruwadi bergambar beramai-ramai bersama pemenang dan jawatankua­sa penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.
SATU ALBUM: (Barisan dua dari belakang, dari lima kiri) Abang Khalid, Fazzrudin, Ismail dan Paruwadi bergambar beramai-ramai bersama pemenang dan jawatankua­sa penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan PGA ‘E’ merakam kenangan bersama (dari kanan) Paruwadi, Ismail, Fazzrudin dan Abang Khalid (kiri).
KAMI JUARA: Pasukan PGA ‘E’ merakam kenangan bersama (dari kanan) Paruwadi, Ismail, Fazzrudin dan Abang Khalid (kiri).
 ??  ?? SUMBANGAN: Abang Khalid (kiri) menyerahka­n sumbangan ihsan daripada PEKEMA kepada bekas pemain sepak takraw sambil disaksikan Fazzrudin (dua kiri) dan Paruwadi (kanan).
SUMBANGAN: Abang Khalid (kiri) menyerahka­n sumbangan ihsan daripada PEKEMA kepada bekas pemain sepak takraw sambil disaksikan Fazzrudin (dua kiri) dan Paruwadi (kanan).
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Pemain PGA ‘E’ dan PHAM 25 ‘B’ tidak melepaskan peluang bergambar bersama (dari enam kanan) Abang Khalid, Ismail, Paruwadi, jawatankua­sa penganjur dan barisan pengadil.
UNTUK KENANGAN: Pemain PGA ‘E’ dan PHAM 25 ‘B’ tidak melepaskan peluang bergambar bersama (dari enam kanan) Abang Khalid, Ismail, Paruwadi, jawatankua­sa penganjur dan barisan pengadil.
 ??  ?? APA KHABAR?: Abang Khalid diperkenal­kan kepada pemain-pemain PHAM 25 ‘B’ sebelum perlawanan bermula.
APA KHABAR?: Abang Khalid diperkenal­kan kepada pemain-pemain PHAM 25 ‘B’ sebelum perlawanan bermula.
 ??  ?? MENARIK: Acara selingan pertanding­an menimang bola raga mencuri tumpuan pengunjung.
MENARIK: Acara selingan pertanding­an menimang bola raga mencuri tumpuan pengunjung.
 ??  ?? SENGIT: Sebahagian daripada aksi menarik semasa perlawanan akhir di antara PGA ‘E’ dan PHAM 25 ‘B’.
SENGIT: Sebahagian daripada aksi menarik semasa perlawanan akhir di antara PGA ‘E’ dan PHAM 25 ‘B’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia