Utusan Borneo (Sarawak)

200 SUKARELAWA­N SEDIA BERKHIDMAT

Galas tanggungja­wab sepanjang berlangsun­g temasya SukSar 2017 dari 14 hingga 17 Disember

-

KUCHING: Lebih 200 sukarelawa­n akan terlibat bagi menjayakan penganjura­n Sukan Sarawak (SukSar) 2017 yang berlangsun­g dari 14 hingga 17 Disember ini.

Menurut satu kenyataan di sini semalam, kesemua sukarelawa­n yang terdiri daripada petugas am dan teknikal itu kini sudah bersiap sedia untuk memikul tanggungja­wab sepanjang temasya sukan itu nanti.

“Mereka terdiri daripada sukarelawa­n yang pernah menjayakan Sukan Malaysia ( SUKMA) lalu termasuk profesiona­l.

“Sukarelawa­n ini juga datang daripada serata Sarawak antaranya Kapit, Mukah, Sibu, Miri, Bintulu, Samarahan dan Kuching.

“Mereka kini menjalani sesi penerangan dan latihan anjuran jawatankua­sa teknikal SukSar yang diketuai Ahmad Rodzli dan pegawaipeg­awai Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Majlis Sukan Negeri (MSN),” kata jurucakap S u kSar. Mereka akan ditem- patkan di venue kejohanan termasuk mengemas kini data keputusan serta jadual kejohanan berkenaan mengikut Sistem Pengurusan Kejohanan Bersepadu (IGMS).

SSC akan bekerjasam­a dengan Unit Permodenan di bawah Unit Pentadbira­n Negeri Sarawak dan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS) dalam mengguna pakai IGMS.

Lebih 1,000 atlet dan pegawai akan terlibat dalam SukSar yang akan diadakan dalam empat zon iaitu Zon Selatan ( Kuching, Serian, Samarahan), Zon Barat (Betong, Sri Aman, Sarikei), Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit), Zon Utara membabitka­n Miri, Bintulu dan Limbang.

Antara sukan yang akan dipertandi­ngkan termasuk renang, olahraga, memanah, angkat berat, berbasikal, sepak takraw, badminton, muay thai, judo, karate, boling padang, petanque, bola baling dan ragbi.

Majlis perasmian SukSar 2017 akan diadakan pada 14 Disember di Stadium Perpaduan Negeri, Petra Jaya dan orang ramai dipelawa hadir bagi memeriahka­n suasana perasmian kejohanan itu pada jam 7 malam.

Untuk maklumat lanjut berkaitan jaduan kejohanan, boleh melayari www.suksar. sarawak.gov.my.

Mereka kini menjalani sesi penerangan dan latihan anjuran jawatankua­sa teknikal SukSar yang diketuai Ahmad Rodzli dan pegawaipeg­awai Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Majlis Sukan Negeri (MSN). Kenyataan jurucakap SukSar 2017

 ??  ??
 ??  ?? SIAP S SEDIA: Barisan sukarelawa­n SukSar 2017 menjalani sesi penerangan dan latihan di Dewan Sekolah Tunku Putra, Petra Jaya.
SIAP S SEDIA: Barisan sukarelawa­n SukSar 2017 menjalani sesi penerangan dan latihan di Dewan Sekolah Tunku Putra, Petra Jaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia