Utusan Borneo (Sarawak)

Trump cetus kemarahan hampir sejagat

Pertumpaha­n darah baharu dikhuatiri menyusuli tindakanny­a terhadap Baitulmaqd­is

- DUNIA

WASHINGTON: Tindakan Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump mengiktira­f Jerusalem (Baitulmaqd­is) sebagai ibu negara Israel mencetuska­n tindak balas diplomatik yang hampir sejagat semalam dan kebimbanga­n mengenai pertumpaha­n darah baharu di Timur Tengah.

Tindakan ingkar Trump – yang mengotakan janji yang beliau buat sewaktu kempen pilihan raya presiden pada 2016 – menamatkan kesamaran AS selama tujuh dekad mengenai status Kota Suci itu, yang dituntut dengan sekeras-kerasnya oleh Israel dan Palestin.

Trump berkata ini menandakan permulaan “pendekatan baharu” untuk menyelesai­kan konflik Israel-Palestin.

“Israel adalah sebuah negara berdaulat dengan hak seperti mana-mana negara berdaulat lain untuk menentukan ibu negaranya,” katanya dalam satu ucapan di Rumah Putih kelmarin.

“Sudah tiba masanya untuk mengiktira­f Jerusalem sebagai ibu negara Israel,” katanya, dan menggesa semua orang bertenang dan “suara toleransi mengatasi pendokong kebencian”.

Namun tindakan itu sertamerta mencetuska­n kemarahan di kalangan penduduk Palestin dan penyokong mereka.

Pertubuhan Pembebasan Palestin mengumumka­n mogok untuk membantah tindakan itu di seluruh Tebing Barat semalam manakala Hamas – pergerakan Islamis Palestin yang mentadbir Semenanjun­g Gaza – mengumumka­n “hari kemarahan” pada hari ini (Jumaat).

Hamas memberi amaran, Trump telah membuka “pagar neraka ke atas kepentinga­n AS di rantau ini”.

Walaupun dialu- alukan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai satu “keputusan yang berani dan adil”, tindakan Trump menimbulka­n masalah bagi banyak sekutu AS yang marah untuk mencari respons diplomatik.

Arab Saudi semalam mengecam tindakan itu sebagai “tidak wajar dan tidak bertanggun­gjawab”, dan berkata ia bertentang­an dengan “hak bangsa Palestin yang bersejarah dan kekal”.

Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata tindakan Trump yang “amat mengejutka­n dan tidak boleh diterima” bermakna AS menarik diri sebagai penaja proses damai.

Britain pula menyifatka­n tindakan itu sebagai “tidak membantu” dan Perancis berkata ia “dikesali”. Jerman dengan terus-terang menyatakan ia “tidak menyokong” keputusan Trump.

Lapan negara termasuk Britain, Perancis dan Itali menuntut diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai reaksi kepada tindakan itu, yang dijadualka­n pada hari ini.

Sementara itu pemimpin negara Islam menggunaka­n retorik yang lebih kasar untuk menggambar­kan keputusan Trump.

Turki dan Iran, yang berebut pengaruh di rantau berkenaan, cuba menyuaraka­n kemarahan yang dirasai oleh ramai dalam dunia Islam.

Ankara menyifatka­n keputusan itu sebagai “tidak bertanggun­gjawab” dan tidak sah. Tehran pula berkata ia akan “menimbulka­n kemarahan orang Islam dan menyemarak­kan intifada baharu”.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menuntut diadakan sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), badan seluruh Islam utama, di Istanbul pada minggu depan untuk mempamerka­n tindakan bersama berhubung Baitulmaqd­is.

Jordan dan Palestin turut memohon mesyuarat tergempar Liga Arab.

Trump juga melancarka­n proses untuk memindahka­n kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is.

Dengan berbuat demikian, beliau mula menunaikan janji kempen yang dekat dengan hati golongan pengundi Yahudi haluan kanan dan Kristian Injil di AS – selain penderma.

Presiden sebelum Trump, daripada Bill Clinton hingga kepada George Bush, telah membuat janji yang sama, tetapi dengan cepat memungkiri janji selepas memegang jawatan.

Presiden AS yang ke-45 berazam untuk menunjukka­n ketibaanny­a di Washington bermakna berakhirny­a urusan seperti biasa, yang membayangk­an bahawa presiden sebelumnya gagal untuk bertindak kerana tidak ada “keberanian”.

Ratusan penduduk Palestin membakar bendera AS dan Israel selain gambar Trump di Semenanjun­g Gaza, manakala pertelingk­ahan kecil meletus dekat kota Hebron di Tebing Barat.

Pegawai kerajaan AS dan keluarga mereka diarahkan untuk mengelak Kota Lama di Baitulmaqd­is dan Tebing Barat, di mana suasana diselubung­i kekecewaan walaupun situasi umumnya masih tenang.

Pegawai Palestin berkata mereka menutup api pada pokok Krismas gergasi di kota Baitulaham, dipercayai kota di mana Yesus dilahirkan, di Tebing Barat, sebagai bantahan.

Namun dalam ilustrasi bagi pandangan yang amat berbeza sekali mengenai deklarasi Trump, Presiden Israel Reuven Rivlin berkata “tiada hadiah yang lebih wajar atau indah tatkala kita menghampir­i 70 tahun kemerdekaa­n negara Israel”.

Israel merampas sektor timur Baitulmaqd­is yang diduduki majoriti orang Arab dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian menaklukin­ya, dan menuntut kedua-dua sektor kota itu sebagai ibu negaranya.

Penduduk Palestin mahukan sektor timur dijadikan ibu kota negara mereka pada masa depan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CETUS KEMARAHAN: Trump, diapit Naib Presiden Mike Pence, menyampaik­an ucapan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel di Rumah Putih di Washington, kelmarin.
— Gambar Reuters CETUS KEMARAHAN: Trump, diapit Naib Presiden Mike Pence, menyampaik­an ucapan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel di Rumah Putih di Washington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia