Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden awal pagi berlaku apabila pemandu tak sempat mengelak pokok tumbang di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki berselisih maut apabila dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya melanggar dahan pokok tumbang semalam.

Difahamkan, insiden dilaporkan berlaku di Jalan Tun Ahmad ZaidiAdruc­e, disiniapab­ila4WD tersebut bergerak dari arah Batu 3 menuju ke pusat bandar raya, dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar pokok tersebut iaitu sekitar jam 2 pagi.

Jurucakap Jabatan Bom badan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.19 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.28 pagi.

“Terdapat dahan pokok besar jatuh di tengah jalan raya menghalang lalu lintas dan ketika itu sebuah kenderaan 4WD melanggar pokok tersebut menyebabka­n kerosakan di bahagian hadapan.

“Pemandunya, bagaimanap­un dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya juga, kenderaan 4WD dialih dengan bantuan rakan mangsa dan kerja pemotongan dahan pokok tersebut terus dijalankan.

“Bomba kemudian melakukan kerja-kerja memotong dan membersihk­an pokok yang menghalang lalu lintas,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.32 pagi dengan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang seramai enam orang diketuai Pegawai Bomba Arisi Arshad.

 ??  ?? LANGGAR: Kelihatan 4WD tersebut melanggar pokok tumbang.
LANGGAR: Kelihatan 4WD tersebut melanggar pokok tumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia