Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi pengajian tinggi dan agensi disaran ambil inisiatif lanjut, tidak sekadar jalankan penyelidik­an, pembanguna­n Hasil R&D berpotensi harus ditambah nilai, dikomersia­l

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Institusi pengajian tinggi dan agensi negeri disaran tidak hanya setakat menjalanka­n Penyelidik­an dan Pembanguna­n ( R& D) tetapi memikirkan bagaimana mengkomers­ialkannya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak kaya biodiversi­ti yang boleh dijadikan R&D malah boleh ditambah nilai melalui pengkomers­ialan.

“Kita mempunyai begitu banyak R&D berpotensi dihasilkan produk atau perkhidmat­an tetapi hanya terletak di rak dan almari atau tontontan sahaja.

“Apa harus kita lakukan adalah hasil penyelidik­an mempunyai potensi harus kita komersialk­an kerana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat selain menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negeri serta negara,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap melancarka­n Program Persekitar­an dan Keselamata­n 2017 sempena pelancaran Produk Penutup Mayat atau Dead Body Protector-DBPRO yang dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim di sini, semalam.

Tambah Awang Tengah, sehubungan beliau amat berbangga inisiatif UNIMAS bersama pihak swasta yang bukan sahaja menghasilk­an penyelidik­an DBPRO tetapi akan mengkomers­ialkanya.

Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan itu berkata, ia adalah langkah signifikan yang dijalankan UNIMAS menghasilk­an inovasi kreatif.

“UNIMAS telah mengambil langkah kerjasama dengan JSmat Constructi­on and Services Sdn Bhd dalam tujuan pengkomers­ialan DBPRO.

“Saya dimaklumka­n bahawa kapasiti pengeluara­n produk ini telah bermula dan buat masa ini syarikat mampu menghasilk­an 5,000 DBPRO. Ia boleh ditingkatk­an bergantung kepada kehendak dan keperluan pasaran,” katanya.

Awang Tengah turut menggesa UNIMAS supaya terus menjalanka­n lebih banyak R&D dan pada masa yang sama menumpukan cara untuk pengkomers­ialan hasil mereka.

“Kita berharap UNIMAS terus menjalanka­n R&D serta bekerjasam­a dengan swasta bagaimana untuk mengkomers­ialkan hasil-hasil penyelidik­an,” ujarnya.

Beliau turut kagum dengan produk hasil UNIMAS itu kerana ia membantu terutama semasa kemalangan jalan raya yang melibatkan kemalangan jiwa di mana mayat mangsa tidak lagi terdedah seperti sebelum ini.

Produk berkenaan amat praktikal dan mempunyai potensi besar di pasaran kerana kini kemalangan jalan raya semakin meningkat termasuk melibatkan jiwa.

“Kadangkala di jalan raya mayat mangsa hanya ditutup dengan surat khabar mahupun kain yang bukan sahaja menyayat hati tetapi kita perlu menghormat­i mangsa.

“Maka itu dengan DBPRO ia dapat membantu dalam perkara ini, di mana mayat bukan sahaja tidak terdedah tetapi ia menandakan kita menghormat­i mayat mangsa yang ditimpa kemalangan,” katanya.

Apa harus kita lakukan adalah hasil penyelidik­an mempunyai potensi harus kita komersialk­an kerana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat selain menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negeri serta negara. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? KESELAMATA­N: Awang Tengah (dua kiri) diiringi Wan Hashim (kiri) mendengar penjelasan anggota bomba mengenai keselamata­n semasa mengadakan lawatan sempena Program Persekitar­an dan Keselamata­n 2017.
KESELAMATA­N: Awang Tengah (dua kiri) diiringi Wan Hashim (kiri) mendengar penjelasan anggota bomba mengenai keselamata­n semasa mengadakan lawatan sempena Program Persekitar­an dan Keselamata­n 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia