Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS hasil penutup mayat fleksibel, origami dan berinovasi

-

KOTA SAMARAHAN: Mengambil kira mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan kehilangan jiwa kadangkala terdedah mayatnya begitu sahaja maka lahirlah idea inovatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan menghasilk­an produk dikenali ‘Dead Body Protector-DBPRO’ atau nama ringkasnya penutup mayat.

Dihasilkan Profesor Madya Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, sebagai ketua bersama dua lagi ahli, Zalina Ibrahim serta Norshaiful Husni Zaulkifli DBPRO adalah pertama seumpamany­a di negara ini.

Inovasi produk DBPRO alternatif dalam melindungi mangsa daripada pandangan awam dan dapat menutup mangsa berlainan saiz tubuh.

Produk amat sesuai digunakan oleh pihak berwajib seperti polis, unit forensik, ambulans, Jabatan Bomba dan Penyelamat, peronda lebuh raya dan Pertahanan Awam.

Produk telah dilancarka­n pada majlis Program Persekitar­an dan Keselamata­n 2017 yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim di UNIMAS, semalam.

Wan Hashim dalam ucapannya berkata, pihak UNIMAS menghargai ‘lamaran’ pihak JSmat Constructi­on & Services Sdn Bhd maka pada 17 Mei 2017, dokumen perjanjian perlesenan telah dibuat antara UNIMAS bersama JSmat semasa Acara Ekspo Inovasi dan Teknologi UNIMAS.

“Kemalangan jalan raya semakin meningkat di Malaysia dan jumlah kenderaan semakin meningkat di jalan raya.

“Kemalangan melibatkan motosikal pula mencatatka­n kemalangan maut paling tinggi di negara kita.

“Apabila ada mayat terdedah kita tidak perlu lagi menutupkan dengan surat khabar dan plastik kerana ia tidak sesuai, maka inilah yang ditonjolka­n oleh inovasi produk DBPRO UNIMAS,” katanya.

DBPRO mempunyai reka bentuk yang inovatif, ringan, amat ringkas, mudah pengendali­an, mesra alam sekitar, dapat dikitar semula dan mempunyai kaedah penyimpana­n pintar.

Menariknya dengan penggunaan konsep origami, produk itu dapat dilipat dan disimpan ke dalam kereta yang paling kecil.

Dengan inovasi produk DBPRO ia akan menjadi pelindung yang amat sesuai untuk mayat yang terdedah di tempat kejadian, tepi jalan mahupun lokasi jenayah.

DBPRO telah dilamar JSmat Constructi­on & Services Sdn Bhd untuk dikomersia­lkan dengan nilai pemberian lesen untuk mengeluark­an produk bernilai RM20,000 kepada UNIMAS.

DBPRO telah dipatenkan oleh UNIMAS dan mempunyai cap dagangan serta berjaya memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Jaringan Industri di Malaysia dan Pingat Perak di Seoul Internatio­nal Invention Fair 2014 di Korea Selatan.

Sempena pelancaran itu, sebanyak 350 unit DBPRO kepada sembilan agensi terpilih iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Tentera Darat Malaysia, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia, ketua-ketua masyarakat Samarahan, Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching, Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia