Utusan Borneo (Sarawak)

Kes demam denggi di Kuching catat penurunan 23.47%

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kes demam denggi di bandar raya ini mencatatka­n penurunan sebanyak 23.47 peratus dengan 164 kes dilaporkan dari awal Januari hingga minggu ke-47 tahun ini, berbanding 217 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching Dr Azlee Ayub berkata, ia merupakan pencapaian amat baik jika dibandingk­an dengan bilangan kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun lalu.

“Kita yakin penurunan ini berlaku berikutan penglibata­n semua pihak dalam membantera­s wabak demam denggi daripada terus berleluasa,” ujarnya pada sidang media berhubung Program Gotong-Royong Mega Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Kuching, Tuah Suni.

Sehubungan itu, Dr Azlee merakamkan penghargaa­n kepada pihak berkuasa tempatan kerana memberi kerjasama baik kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching untuk membantera­s kes demam denggi sekali gus mengurangk­an faktor-faktor kegiatan nyamuk aedes.

Katanya, dalam kawalan untuk membantera­s kes demam denggi, perkara utama yang harus difokuskan ialah pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Memang itu adalah kawalan paling utama untuk mengurangk­an kes demam denggi. Aktiviti-aktiviti lain seperti ‘larvicidin­g’ dan ‘fogging’ sebenarnya adalah komplemen.

“Sebab, kalau tidak ada pembiakan, nyamuk tidak akan membiak. Maka, kalau kita mahu menyelesai­kan masalah ini, kita perlu menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk.

“Justeru, salah satu cara menghapusk­annya adalah dengan menerusi aktiviti gotong- royong bersama masyarakat,” jelasnya.

Sementara itu, Tuah berkata lebih 500 orang dijangka menyertai Program GotongRoyo­ng Mega Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Pusat Komersial Demak Laut di sini pada 10 Disember ini.

Menurut beliau, program itu merupakan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri bersama Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Tetamu kehormat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian dijangka merasmikan program yang bermula pada jam 7 pagi,” katanya.

Tuah berkata, program itu merupakan kerjasama Ke- menterian Kesihatan dengan masyarakat setempat yang dijalankan secara tahunan di setiap daerah di seluruh negara.

Menurut beliau, program itu memberi fokus kepada lokaliti-lokaliti yang menghadapi masalah seperti kawasan tidak dipedulika­n oleh orang awam seperti tanah atau lot kosong, tempat pembuangan sampah, rumah terbiar dan kawasan pembinaaan yang memyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes.

“Antara aktiviti yang akan kita jalankan pada program ini adalah pembersiha­n longgokan sampah, pemeriksaa­n tempat pembiakan nyamuk aedes, aktiviti ‘larvicidin­g,’ ‘fogging’ dan juga pendidikan kesihatan,” katanya.

Justeru, kata Tuah, orang ramai terutama masyarakat yang tinggal berhampira­n dialu-alukan untuk turut serta mengambil bahagian dalam program tersebut sebagai langkah membantera­s aktiviti pembiakan nyamuk aedes.

Sebab, kalau tidak ada pembiakan, nyamuk tidak akan membiak. Maka, kalau kita mahu menyelesai­kan masalah ini, kita perlu menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk. Dr Azlee Ayub Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

 ??  ?? JOM SERTAI: Dr Azlee (kanan) bersama Tuah pada sidang media berhubung program Gotong-Royong Mega Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Kuching, semalam.
JOM SERTAI: Dr Azlee (kanan) bersama Tuah pada sidang media berhubung program Gotong-Royong Mega Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia