Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RTP berjaya bantu realisasi projek kecil: Juanda

-

KUCHING: Pengagihan peruntukan bagi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjaya membantu menyelesai­kan masalah pembanguna­n kecil yang diperlukan oleh rakyat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya berkata sebagai contoh di kawasannya, 22 projek disenaraik­an untuk dilaksanak­an bagi tahun 2017 dengan peruntukan RM5 juta.

Skala projek katanya antara RM100,000 hingga RM1 juta bergantung kepada bentuk projek serta skop kerja dilulus dibangunka­n.

“Untuk kawasan Jemoreng sehingga bulan Disember ini, sebanyak 16 projek telah siap sepenuhnya dan dalam proses penyerahan kepada penduduk kampung.

“Manakala tiga lagi projek masih dalam proses untuk disiapkan, dengan dua lagi projek belum bermula dan satu projek belum dikeluarka­n tender,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tambah Juanda, bagi projek berhadapan dengan kelewatan, ia berpunca daripada kontraktor kurang bertanggun­gjawab selain spek projek lambat disiapkan oleh agensi yang berkenaan.

Susulan itu, Juanda menyaranka­n supaya agensi yang berkenaan akan lebih komited walaupun tidak dinafikan bahawa semua agensi di Jemoreng amnya cukup aktif membantu.

Bagi pihak kontraktor pula katanya, mereka perlu jujur dalam kerja masing-masing dan tidak bersikap sambil lewa apatah lagi RTP ini memberi peluang kepada kontraktor luar bandar mendapat kerja.

“Kontraktor gagal perlu disenarai hitam selama dua tahun dan didenda pada kadar yang tinggi mengikut bilangan hari kelewatan.

“Manakala agensi berjaya membantu RTP perlu diberikan anugerah bintang penarafan RTP sebagai pendorong untuk mereka bekerja lebih cemerlang,” katanya.

Tambah Juanda lagi, rakyat terutama di Jemoreng perlu tahu bahawa kesemua RM5 juta diperuntuk­kan bagi tujuan RTP ini dibelanjak­an untuk mereka.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg katanya juga telah memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang gagal melaksanak­an RTP ini dengan sewajarnya.

 ??  ?? JUANDA
JUANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia