Utusan Borneo (Sarawak)

Sediakan persekitar­an kondusif untuk operator ‘food truck’

-

KUCHING: Agensi kawal selia bertanggun­gjawab di negeri ini disaran menyediaka­n persekitar­an yang kondusif untuk operator ‘food truck’ beroperasi.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Kementeria­n Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, menyediaka­n ruang berniaga sahaja untuk golongan usahawan kreatif dan inovatif itu tidak mencukupi, sebaliknya agensi-agensi kawal selia harus membantu memudahkan mereka berniaga.

“Sekarang perniagaan ‘food truck’ semakin popular di Kuching dan mempunyai potensi cerah seiring dengan kehidupan masa depan yang serba pantas.

“Namun, saya dimaklumka­n operator ini tidak dibenarkan menyediaka­n meja atau kerusi untuk pelanggan. Bayangkan orang makan sambil berdiri.

“Anda membenarka­n orang berniaga tetapi tidak dibenarkan meletakkan meja dan kerusi. Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan ( PBT) mesti mengubah pendekatan serta cara bekerja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program ‘ Only One With: Ask Me Anything’ di MaGIC Sarawak@ Borneo 744 dekat sini, kelmarin.

Mohd Irwan menambah, “Kalau anda (PBT) menyediaka­n ruang berniaga, anda juga harus memudahkan peniaga berniaga. Anda tidak boleh menguat kuasa semua peraturan dalam persekitar­an baharu.”

Justeru, ujarnya, bukan hanya PBT tetapi semua agensi kawal selia baik peringkat negeri mahupun persekutua­n harus mengubah cara berfikir dan bekerja serta bertindak dengan pantas.

Ujarnya, agensi- agensi kawal selia tidak boleh terus berada dalam zon selesa sebaliknya bersedia mengubah cara berfikir kerana dunia berubah dengan pantas ekoran kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat.

“Contoh ketara ialah ketika Uber mula datang ke Malaysia, saya mengatakan ia idea yang baik namun dikecam pemandu teksi kerana mengatakan Uber akan menjejaska­n periuk nasi mereka.

“Namun bagi saya anda perlu berubah untuk kecekapan. Maknanya menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kerana ia akan meningkatk­an produktivi­ti seterusnya pendapatan diri juga negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia