Utusan Borneo (Sarawak)

Kemiskinan material bukan alasan amalan keibubapaa­n lemah

-

KUCHING: Kemiskinan material bukan alasan bagi amalan keibubapaa­n yang lemah sebaliknya ia boleh dijadikan motivasi diri untuk menggalakk­an anak-anak berjaya dalam akademik.

Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad berkata, kemiskinan material tidak berbahaya berbanding kemiskinan fikiran yang mudah berputus asa serta mengalah kepada takdir semata-mata.

“Secara peribadi, saya melihat kemiskinan material bukan alasan amalan keibubapaa­n yang lemah. Ia harus dijadikan motivasi diri ibu bapa menggalakk­an anak-anak berjaya dalam akademik untuk memutuskan kitaran ekosistem jeratan kemiskinan material,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, ada dalam kalangan ibu bapa yang miskin harta memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak demi masa depan generasi seterusnya yang lebih baik.

Justeru, tegasnya, miskin harta bukanlah punca untuk seseorang itu lemah dalam pembelajar­an kerana kerajaan menyediaka­n banyak bantuan untuk golongan ini.

“Ramai ikon yang berjaya datang dari keluarga miskin tetapi dapat bangun dan mengubah sejarah keluarga dari kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menjadi tokoh perniagaan berjaya yang kemudianny­a menyumbang semula kepada masyarakat.

“Bagi saya fikiran positif, yakin dengan kebolehan diri dan sentiasa memperbaik­i kelemahan adalah resipi kejayaaan, bukannya dari latar belakang sosioekono­mi seseorang semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Kesejahter­aan Keluarga, Sektor Perkhidmat­anKeluarga, LembagaPen­duduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Md Noh Saiman berkata tiada ibu bapa mahukan anak-anak mereka gagal dalam pelajaran.

Menurutnya, amalan keibubapaa­n keluaga miskin dilihat tidak jauh berbeza melainkan ibu bapa menghadapi kesukaran menyediaka­n kemudahan serta persekitar­an menggalakk­an proses pembela- jaran di rumah atau menghantar anak-anak ke kelas tambahan.

Ibu bapa daripada golongan itu, katanya, perlu sedar dan berusaha lebih keras berbanding yang berpendapa­tan sederhana kerana sumber kewangan terhad kadang kala tidak memungkink­an mereka meluangkan banyak masa dengan anak-anak kerana terpaksa melakukan kerja sampingan.

“Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan sangat memahami masalah ini dan telah memperuntu­kkan pelbagai bantuan kepada golongan sasar ini untuk meringanka­n beban mereka.

“Antaranya bantuan persekolah­an, bantuan sara hidup dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanap­un, ujarnya, sekadar bantuan sahaja, tidak mencukupi jika ibu bapa sendiri tidak mahu memainkan peranan aktif menggalakk­an proses pembelajar­an anak-anak.

“Kita mengakui bukan mudah bagi ibu bapa daripada kumpulan ini membahagik­an masa antara tuntutan ekonomi dan pelajaran anak-anak, namun ibu bapa perlu memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak tanpa mengabaika­nnya,” katanya.

Pada masa sama, katanya, peranan komuniti yang saling mengambil berat juga boleh membantu masalah setiap keluarga.

 ??  ?? NORIAH
NORIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia