Utusan Borneo (Sarawak)

RM8 juta diperuntuk tahun depan, syarikat terus komited bangun kerjasama bantu pembanguna­n keupayaan Sarawak

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak Energy menambah peruntukan tahunan bagi tujuan pendidikan kepada RM8 juta untuk tahun depan berbanding RM5 juta sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Sharbini Suhaili berkata, syarikat komited untuk membangunk­an kerjasama dan inisiatif strategik yang akan membantu memacu pembanguna­n keupayaan di negeri ini.

“Kami berhasrat untuk memudahkan laluan ke pendidikan tinggi untuk masa depan cerah pelajar muda di seluruh Sarawak.

“Atas sebab itu, kami telah menambah peruntukan kami kepada RM8 juta tahun depan daripada peruntukan tahunan ketika ini iaitu RM5 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n biasiswa Sarawak Energy kepada 99 penerima bagi tahun 2017 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Sharbini berkata Sarawak Energy merupakan syarikat

Atas sebab itu, kami telah menambah peruntukan kami kepada RM8 juta tahun depan daripada peruntukan tahunan ketika ini iaitu RM5 juta. Sharbini Suhaili Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy

pembanguna­n tenaga dan utiliti milik negeri dengan 650,000 pelanggan di seluruh Sarawak.

Sepanjang dekad lalu, katanya, Sarawak Energy berkembang selari dengan tanggungja­wabnya yang besar, khasnya peranan sebagai penyedia dan pemangkin tenaga bagi program pembanguna­n sosioekono­mi negeri.

“Bagi merealisas­ikan impian kami untuk menjadi syarikat tenaga serantau dan majikan pilihan, kami perlu menarik bakat-bakat terbaik dan membangunk­an tenaga kerja kami kepada pasukan Sarawak Energy berprestas­i tinggi yang dapat bekerjasam­a dan bersaing dengan yang terbaik di rantau ini.

“Bagi tujuan itu, kami sangat aktif dalam memproleh dan membangunk­an bakat-bakat muda Sarawak dan menggunaka­n mereka dalam organisasi untuk mencapai bekalan bakat yang mampan dan berterusan dalam Sarawak Energy,” katanya.

Tambah Sharbini lagi, Sarawak Energy berhasrat untuk menjadi yang pertama menarik bakat muda Sarawak menerusi biasiswany­a, latihan industri dan program duta kampus.

Jelasnya, 70 peratus daripada biasiswa korporatny­a diperuntuk­kan untuk menarik bakat dan menyokongp­rosespenga­mbilan pekerja Sarawak Energy.

Manakala, baki 30 peratus daripada biasiswa adalah untuk menyokong usaha tanggungja­wab sosial korporat kepada komuniti dan inisiatif yang memberi faedah kepada anakanak kakitangan, katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TAHNIAH: Para penerima biasiswa Sarawak Energy merakamkan gambar bersama Sharbini (duduk tengah barisan kedua) dan pegawai-pegawai atasan SEB yang lain pada majlis di Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon TAHNIAH: Para penerima biasiswa Sarawak Energy merakamkan gambar bersama Sharbini (duduk tengah barisan kedua) dan pegawai-pegawai atasan SEB yang lain pada majlis di Kuching, semalam.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERUSKAN USAHA: Sharbini (dua kiri) menyampaik­an biasiswa kepada salah seorang kakitangan Sarawak Energy bagi tujuan pendidikan pada majlis di Kuching, semalam. Turut kelihatan Naib Presiden Kanan Sumber Manusia Sarawak Energy Dr Mak Met (kiri).
— Gambar Chimon Upon TERUSKAN USAHA: Sharbini (dua kiri) menyampaik­an biasiswa kepada salah seorang kakitangan Sarawak Energy bagi tujuan pendidikan pada majlis di Kuching, semalam. Turut kelihatan Naib Presiden Kanan Sumber Manusia Sarawak Energy Dr Mak Met (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia