Utusan Borneo (Sarawak)

RS1 adakan kaunter bergerak di beberapa lokasi mulai esok

-

SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1 ( RS1) akan menjalanka­n perkhidmat­an kaunter bergerak sesi bertemu masyarakat di beberapa lokasi tumpuan ramai bermula Sabtu ini.

Ketua Pasukan RS1, Datuk Andrew Wong berkata, lokasi pertama diadakan di pusat komersial Rejang Park (Klinik 1Malaysia) dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Kita menyediaka­n perkhidmat­an aduan dan pertanyaan orang awam, borang permohanan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 dan menyemak status daftar pemilih.

“Selain itu, perkhidmat­an pendaftara­n keahlian kepolisan komuniti, pemeriksaa­n mata percuma dan pemeriksaa­an tekanan darah dan glukosa turut disediakan,” jelasnya.

Ketika ditemui pemberita semalam, Andrew berkata, perkhidmat­an kaunter bergerak RS1 akan diteruskan di Taman Poh Yew, pusat komersial Pulau Li Hua pada 10 Disember.

“Taman Xin Hua, pusat komersial Taman Seduan menjadi lokasi ketiga program pada 16 Disember dan diteruskan di Pasar Grand Height pada 17 Disember, pusat komersial Sungai Merah (depan Empire Gym) pada 23 Disember dan pusat komersial Unicity pada 30 Disember.

“Perkhidmat­an kaunter bergerak akan dilakukan di pusat komersial Ulu Sungai Merah pada 6 Januari, Kampung Sentosa (7 Januari), Kampung Jeriah (13 Januari), pusat komesial Jalan Belatok (14 Januari), pusat komersial kolam renang Delta (depan Hapiness Cafe) pada 20 Januari dan lokasi terakhir di Kampung Bahagia Jaya pada 21 Januari,” ujarnya.

Justeru, Andrew menjemput orang ramai datang ke lokasi kaunter perkhidmat­an bergerak RS1 di venue dan tarikh yang ditetapkan untuk mendapatka­n perkhidmat­an yang disediakan.

 ??  ?? KHIDMAT MASYARAKAT: Adrew (lapan kanan) merakam kenangan bersama ahli RS1 depan kenderaan yang akan digunakan untuk kaunter perkhidmat­an bergerak RS1.
KHIDMAT MASYARAKAT: Adrew (lapan kanan) merakam kenangan bersama ahli RS1 depan kenderaan yang akan digunakan untuk kaunter perkhidmat­an bergerak RS1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia