Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Baram diminta terus beri sokongan padu kepada Anyi

-

MIRI: Masyarakat Orang Ulu di kawasan Baram diminta untuk terus memberi sokongan padu kepada Ahli Parlimen Anyi Ngau.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Dato Gerawat Gala berkata, sokongan itu sebagai tanda hormat kepada pemimpin yang mendapat kepercayaa­n dan keyakinan daripada rakyat.

“Anyi Ngau bukan sahaja pemimpin kita di Lepo’ Aga’, kaum Kenyah tetapi pemimpin utama kita Orang Ulu dan semua rakyat di kawasan Baram.

“Kita harus menyokong beliau sebagai pemimpin dan wakil rakyat. Saya sendiripun sentiasa menyokong dan terus kerjasama dengan beliau. Amalan ini secocok budaya kaum kita,” jelas beliau.

Gerawat berkata demikian merasmikan majlis makan malam pra-Krimas bersama Persatuan Kenyah Lepo’ Aga’ di Eastwood Valley Golf and Country Club malam kelmarin.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu memberitah­u, sokongan dan hormat bukan sahaja kepada pemimpin politik dan kerajaan tetapi juga kepada ketua-ketua masyarakat serta ketua sidang dan gereja.

Mengenai penganjura­n majlis, Gerawat berkata, kerajaan sentiasa menyokong program memupuk perpaduan, persefaham­an dan persaudara­an antara rakyat pelbagai kaum, kebudayaan dan kepercayaa­n.

“Itu antara tujuan utama kerajaan tubuh Unit AgamaAgama Lain lebih dikenali sebagai Unit For Other Religion atau dalam kata pendek UNIFOR,” tambah beliau.

Untuk masyarakat Lepo’ Aga’, penganjura­n akan mengukuhka­n lagi tali persaudara­an dan semangat perpaduan antara mereka.

Beliau berkata, semangat berpasukan dan perpaduan tinggi masyarakat Lepo’ Aga’, Kenyah dan Orang Ulu memperkasa masyarakat ke arah pembanguna­n dan pencapaian cemerlang pada masa depan.

“Masyarakat bersatu padu di bawah kepimpinan yang mantap akan dihormati dan disegani walaupun jumlah kita lebih kecil berbanding dengan masyarakat yang lain,” ujarnya lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia