Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap parlimen menerima sebanyak RM40,000 apabila terdapat ladang BPB dalam kawasan parlimen tersebut: Shoib

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT: Boustead Plantation Berhad (BPB) sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad berjaya menyumbang sebanyak RM120,000 bagi tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kanowit dan Baram di Sarawak serta Beluran di Sabah.

Pengurus Besar Kanan Korporat dan Komunikasi BPB Dato Shoib Abdullah berkata, setiap parlimen tersebut menerima sebanyak RM40,000 apabila terdapat ladang BPB dalam kawasan parlimen tersebut.

“Program ini tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat kami lebih-lebih lagi mempunyai ladang di tiga kawasan tersebut.

“Program ini juga merupa- kan satu usaha murni yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dengan kerjasama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi setiap kawasan Ahli Parlimen BNBBC.

“Objektif utama program ini adalah untuk membantu anak-anak pekerja estet Boustead yang masih bersekolah khususnya dan pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan parlimen amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Program CSR Kembali Ke Sekolah 2017 di Kilang Kelapa Sawit Kanowit, Ladang Jih di sini, semalam.

Beliau menyampaik­an RM200 kepada 200 penerima murid sekolah rendah terpilih terdiri daripada anak staf ladang, pekerja ladang dan pemilik ladang di kawasan sekitar.

Murid terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Jih, SK Nanga Pedai, SK Nanga Machan, SK Balingiau, SK Bawan, SK Jagoi dan SK Ulu Sungai Tuah.

Shoib memberitah­u bahawa Boustead sentiasa mengambil berat dalam menjaga kebajikan pekerjanya.

Ini katanya, ia dapat dilihat melalui program ini dengan memberi sumbangan RM200 setiap seorang kepada anakanak pekerja estet bagi membeli barang keperluan sekolah mereka.

“Diharap sumbangan pada hari ini dapat digunakan sebaiknya untuk membeli barangan persekolah­an. Semoga ianya dapat meringanka­n beban ibu bapa dalam membuat persiapan perse-

Program ini tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat kami lebih-lebih lagi mempunyai ladang di tiga kawasan tersebut.” Dato Shoib Abdullah Pengurus Besar Kanan Korporat dan Komunikasi BPB

kolahan anak-anak pada sesi 2018,” tambahnya lagi.

Sesungguhn­ya, ujarnya, ini jelas menunjukka­n bahawa pihak BPB amat prihatin dan sentiasa memainkan peranannya dalam menjaga kebajikan dan keperluan para pekerja serta ahli keluargany­a.

“BPB juga akan terus menyokong dan sentiasa menyumbang secara positif kepada masyarakat setempat di mana ia beroperasi dengan menjadi entiti korporat yang sentiasa bertanggun­gjawab melalui pelbagai inisiatif tanggungja­wab sosial korporat,” katanya lagi.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Penerima merakamkan kenangan bersama Shoib (belakang, tengah) pada Program CSR Kembali Ke Sekolah 2017 anjuran BPB di Ladang Jih, Kanowit, semalam.
TERIMA KASIH: Penerima merakamkan kenangan bersama Shoib (belakang, tengah) pada Program CSR Kembali Ke Sekolah 2017 anjuran BPB di Ladang Jih, Kanowit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia