Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jiwa Murni ATM rapat hubungan komuniti

-

SARIKEI: Dalam usaha menaik taraf dan memperbaik­i sistem parit dan pembentung­an di Jalan Getah dekat sini, Majlis Daerah Sarikei (MDS) memaklumka­n untuk menutup laluan terbabit kepada para pengguna selama sembilan hari.

Laluan terbabit telah mulai ditutup bermula dari 6 Disember (Rabu) kelmarin hing- ga 14 Desember (Khamis) akan datang.

Jalan Getah ditutup ini berhampira­n dan diantara Jalan Seng Lee dan Lorong Getah 1.

Sehubungan dengan kesulitan ini pihak MDS memohon agar pengguna jalan raya menggunaka­n alternatif dan laluan lagi untuk ke lokasi berhampira­n. MIRI: Program Jiwa Murni terus menjadi aktiviti utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bukan sahaja dilihat dapat mengerat hubungan komuniti malah memberi peluang anggotanya menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat.

Panglima Briged 31 Infrantri Malaysia, Brigedier Jeneral Dato’ Fadzil Tajuddin berkata, program Jiwa Murni tersebut telah diadakan di Masjid Al-Jabbar di Niah dengan mengadakan gotong- royong membersihk­an kawasan masjid bersama penduduk setempat.

“Program ini juga sempena aktiviti Ekspedisi Kenyalang Berbasikal anjuran Rejimen Sempadan yang berlangsun­g di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuaratin (CIQ) Sungai Tujuh, pada Selasa lalu.

“Masjid berkenaan dipilih memandangk­an ia perhentian pertama bagi acara ekspidisi terbabit bermula CIQ Sungai Tujuh Miri menuju ke Tanjong Datu Kuching kelak,” katanya.

Menurut beliau, aktiviti gotong-royong selaras objektif ekspedisi dalam usaha mendedah kepada masyarakat mengenai fungsi Rejimen Sempadan selain menjalin hubungan baik bersama penduduk sekitar.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Jabbar Noh Mat memberitah­u, program itu amat dialu-alukan masjid.

Kata Noh, beliau bersyukur dan berharap usaha serta kerjasama terbabit dapat diteruskan pada masa depan.

“Aktiviti diadakan secara kerjasama bergotong-royong ini membantu mencantik lagi kawasan masjid, di samping penduduk dapat mengetahui kehadiran Rejimen Sempadan sedia ada,” tambahnya.

Lebih 30 pegawai daripda lima batalion Rejimen Sempadan telah mengambil bahagian dalam ekspedisi berbasikal terbabit yang melibatkan kayuhan sejauh 988 kilometer, yang mengambil masa selama 10 hari yang tamat di Tanjong Datu Kuching.

 ??  ?? SARAT MAKLUMAT: Gambar fail acara Hari Universiti Swinburne Sarawak.
SARAT MAKLUMAT: Gambar fail acara Hari Universiti Swinburne Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia