Utusan Borneo (Sarawak)

Projek SK Tudan Jaya pula kini memasuki fasa memasang cerucuk besi di kawasan tapak pembinaann­ya

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tudan yang RM48.2 juta, kini berjalan lancar kini sudah memasuki 50 peratus siap.

Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan Jaya yang menelan kos pembinaan RM33.2 juta dan terletak bersebelah­an dengannya dan baru memulakan pembinaann­ya bulan Julai lepas, kini memasuki fasa memasang cerucuk besi di kawasan tapak pembinaann­ya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin memberitah­u kedua- dua sekolah itu mengambil masa memulakan pembinaann­ya kerana proses pengisian tanah di sekitar kawasan projek tersebut yang dibina di atas kawasan tanah gambut, bagi memastikan struktur tanah benar- benar kuat dan selamat, sebelum pembinaan boleh dilaksanak­an.

“SMK Tudan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Julai tahun depan, manakala SK Tudan Jaya pula yang baru bermula pembinaann­ya pada November lalu ( selepas pembersiha­n tapak), dijangka siap pada Januari 2020.

“Apabila kedua- dua sekolah ini siap sepenuhnya ke-

SMK Tudan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Julai tahun depan, manakala SK Tudan Jaya pula yang baru bermula pembinaann­ya pada November lalu (selepas pembersiha­n tapak), dijangka siap pada Januari 2020. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

lak, akan mampu menampung keperluan pelajar semakin bertambah di konstituen­si Senadin, khusus di kawasan Tudan dan Senadin,” katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan ke tapak pembinaan kedua-dua buah sekolah berkenaan di Tudan, dekat sini, semalam.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Miri, Dr Bolhassan ...

Lee juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin, memberitah­u ketika ini konstituen­si berkenaan mempunyai empat buah sekolah rendah iaitu SK Merbau dengan 1,600 orang murid; SK Tudan dan SK Senadin yang turut mempunyai populasi murid lebih 1,000 orang serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Chung Hua, Tudan, dengan lebih 1,500 populasi murid.

“Manakala dua sekolah menengah di kawasan ini iaitu SMK Merbau pula mempunyai hampir 3,000 pelajar dan SMK Pujut pula lebih 2,000 populasi, sekali gus menunjukka­n kepadatan tinggi dan memerlukan sekolah baru menampung jumlah populasi pelajar di kawasan ini selain menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an yang selesa,” katanya.

Sementara itu, SMK Tudan yang dibina di atas tapak seluas 7.84 hektar daripada keseluruha­n 14.2 hektar yang merangkumi padang bola sepak, dua buah gelanggang sukan serta dewan serbaguna, kantin dan surau yang dibina di bangunan berasingan.

“Manakala bangunan utama blok pentadbira­n dan bilik guru, turut menempatka­n 36 bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, perpustkaa­n dan lain- lain kemudahan,” jelas Lee.

Menurut Lee, dengan kawasan yang luas, sekolah berkenaan merupakan satusatuny­a sekolah di sini yang menyediaka­n tempat pengambila­n pelajar selamat dan ia dibina dalam kawasan sekolah.

“Ia merupakan ‘pick-up point’ yang menyediaka­n tempat letak kereta untuk ibu bapa dan tempat menunggu bas untuk pelajar yang kedua-duanya dalam kawasan sekolah. Selain selamat ia turut mengelak kesesakan yang berlaku di luar sekolah,” jelas Lee.

Beliau berkata tempat parkir kereta untuk ibu bapa itu tidak bercampur dengan parkir kereta guru yang disediakan khas di hadapan bangunan dan pejabat pen- tadbiran serta bilik guru.

Mengenai SK Tudan Jaya pula, Lee memberitah­u sekolah rendah yang mempunyai makmal sains dan komputer serta bilik muzik dan dewan sekolah akan mempunyai sebanyak 30 buah bilik darjah.

Turut dibina bersama di dalam kawasan sekolah ini kelak ialah sebuah tadika untuk keperluan kanak-kanak pra sekolah di kawasan sekitar.

 ??  ?? PUAS HATI: Lee (lima kiri), Dr Bolhassan (empat kiri) bersama yang lain bergambar di hadapan bangunan SMK Tudan yang dalam proses pembinaan. Turut kelihatan ialah Pengurus Tapak Pembinaan, Low Ing Huat (tiga kiri) yang mewakili pihak pemaju, Kurnia...
PUAS HATI: Lee (lima kiri), Dr Bolhassan (empat kiri) bersama yang lain bergambar di hadapan bangunan SMK Tudan yang dalam proses pembinaan. Turut kelihatan ialah Pengurus Tapak Pembinaan, Low Ing Huat (tiga kiri) yang mewakili pihak pemaju, Kurnia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia