Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspedisi berbasikal pendekatan 31 Briged Infantri dekati penduduk

-

BINTULU: Ekspedisi Berbasikal 31 Briged Infantri Malaysia Rejimen Sempadan Sarawak merupakan pendekatan tentera mengenali penduduk tempatan sekali gus melatih ketahanan mental, fizikal serta untuk mengenali agensi sepanjang perjalanan dan persinggah­an kumpulan ekspedisi terbabit di negeri ini.

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan Leftenan Kolonel Rokaib Ahmad berkata, ekspedisi ini banyak memberi manfaat dan sebagai anggota tentera perlu mengetahui bentuk muka bumi di sekitar kawasan Sarawak sebagai tempat pihaknya beroperasi pada masa akan datang.

“Di samping ekspedisi bermula dari CIQ Sungai Tujuh Miri sehingga ke Tanjung Datu, Sematan dengan jarak kayuhan lebih kurang 988 kilometer (selama 10 hari bermula 5 hingga 14 Disember), kami turut mengambil peluang melaksanak­an Projek Jiwa Murni di tempat persinggah­an.

“Pelaksanaa­n Projek Jiwa Murni oleh Batalion ke-7 Rejimen Sempadan membabitka­n seramai 35 anggota bersama Rumah Panjang Vicky Ang- kalom antara lain memaklum penduduk tempatan mengenai kewujudan batalion ini seterusnya sebagai aspek latihan fizikal kecergasan jasmani anggota dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di Rumah Vicky Angkalom, Kilometer 5, Jalan BintuluTat­au-Sibu semalam.

Leftenan Kolonel Rokaib berkata, projek Jiwa Murni itu dilaksana seperti dibincang dengan penduduk Rumah Vicky dengan membersih kawasan sekitar rumah panjang ini.

Jelasnya, Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan ditubuhkan pada 2015 tetapi pergerakan­nya hanya bermula pada April 2016 iaitu lebih kurang setahun yang lepas.

“Kami telah bergerak di kem sementara antaranya Kem PLKN Similajau Bintulu iaitu selama setahun lebih dan sekarang masih dalam fasa pengumpula­n anggota.batalion ini masih lagi belum beroperasi sepenuhnya,” ujarnya.

31 Briged Infantri Malaysia Rejimen Sempadan ditubuh di Sarawak untuk menjaga sempadan antara Kalimantan, Sabah dan Sarawak.

Katanya, setakat ini jumlah anggota batalion di Bintulu adalah 258 orang yang mana tahun ini ditambah perjawatan dengan keperluan sehingga 348 anggota.

Menjelas lanjut mengenai ekspedisi itu pula katanya, sejak ekspedisi itu dilancarka­n beberapa hari lepas setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan tiada

masalah serius berlaku serta mengikut masa dirancang.

“Selepas Sungai Tujuh ada beberapa tempat disinggahi sebelum ini iaitu di Bekenu yang mana kami turut menjalan projek Jiwa Murni yang sama di Masjid Batu Niah seterusnya hari ini di Rumah Vicky projek kedua dan ada lagi beberapa tempat akan dilaksana di sekitar kawasan Sibu, Sri Aman sehingga ke Sematan,” jelasnya.

Dalam pada itu Tuai Rumah Vicky Angkalom berkata, program dilaksanak­an itu sangat baik dan beliau mengalualu­kannya sekali gus gembira kerana rumah panjang kami dipilih sebagai tempat persinggah­an dan pelaksanaa­n projek Jiwa Murni oleh Batalion ke-7 Rejimen Sempadan.

“Mereka berjumpa di rumah panjang 34 pintu yang mempu- nyai 203 penghuni beberapa kali mendapatka­n persetujua­n mengenai rancangan untuk mengadakan program ini,” katanya. Katanya, bukan sahaja melibatkan penghuni rumah panjang kami, program yang mereka laksanakan juga turut menjemput pihak pejabat agensi-agensi kerajaan di sini

serta Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Pejabat Daerah Tatau, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P214 Selangau dan beberapa pihak lainnya.

“Saya difahamkan sekitar 200 orang yang datang ke rumah panjang kami sekali gus saya melihat program ini cukup baik dan kalau boleh diadakan selalu pada setiap

tahun kerana kami sedia menerima kehadiran mereka dalam program seumpamany­a,” ujarnya.

Hadir dalam program itu Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, Sub Inspektor Abdul Aziz Abdul Rahman; Ketua Balai

Polis Tatau, Sarjan Senon Rigok, wakil-wakil agensi kerajaan dan penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia