Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia hadapi gelombang kedua, KKLW lancar Survival Kit Prihatin@KKLW

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sebagai persediaan gelombang kedua banjir dijangka bakal melanda negeri di Pantai Timur Semenanjun­g, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mengedarka­n Survival Kit Prihatin@KKLW kepada mangsa banjir terutamany­a mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Menteri KKLW Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan penyediaan survival kit ini adalah sebagai persediaan untuk keperluan asas diri yang diperlukan ketika di pusat pemindahan mahupun setelah pulang ke kediaman selepas banjir.

“Pada masa yang sama jumlah sukarelawa­n kita pun dah bertambah untuk bersiap sedia jika berlaku banjir di Pantai Timur.

“Sebanyak 4,000 beg survival kit disediakan yang mengandung­i barangan keperluan asas seperti tuala, sabun, syampu, berus dan ubat gigi, lampu suluh dan bateri, kain sarung, snek, air mineral dan juga mini first aid,” katanya semasa melancarka­n Survival Kit Prihatin @ KKLW di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada Rabu lalu.

Pada 14 November lalu, seramai 1,650 sukarelawa­n telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di Pulau Pinang.

Sehingga hari ini, jumlah Sukarelawa­n Prihatin@KKLW mencapai seramai 4,416 orang yang terdiri daripada warga KKLW dan agensi iaitu FELCRA Berhad, RISDA, JAKOA, MARA, KEMAS, KESEDAR, KET- ENGAH, KEJORA, KEDA, INFRA serta Pejabat KKLW Negeri, pelajar GIATMARA serta UniKL.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia dalam siaran medianya bertarikh 10 November 2017 menyatakan negara akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) mulai 13 November 2017 hingga Mac 2018 yang biasanya akan menyebabka­n bencana banjir terutama di kawasan rendah dan cenderung banjir.

Setelah Pulau Pinang dan Kedah, kini Kelantan, Terengganu dan Pahang pula dilanda bencana banjir teruk. Banjir gelombang kedua dijangka me- landa mulai 8 Disember 2017 (Jumaat) hingga 10 Disember 2017 (Ahad).

Justeru, selaras menyahut usaha murni dalam membantu masyarakat luar bandar yang berhadapan musibah ini, KKLW akan mengedarka­n survival kit kepada mangsa-mangsa banjir khususnya masyarakat luar bandar.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyempurn­akan Majlis Pelancaran Survival Kit Prihatin @KKLW di UniKL. Turut kelihatan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyempurn­akan Majlis Pelancaran Survival Kit Prihatin @KKLW di UniKL. Turut kelihatan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama Sukarelawa­n Prihatin@KKLW pada Rabu lalu.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama Sukarelawa­n Prihatin@KKLW pada Rabu lalu.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyusun barangan keperluan asas di dalam survival kit ketika Majlis Pelancaran Survival Kit Prihatin@KKLW di UniKL.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyusun barangan keperluan asas di dalam survival kit ketika Majlis Pelancaran Survival Kit Prihatin@KKLW di UniKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia