Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dinasihat waspada bila dihampiri individu asing

-

IPOH: Orang ramai khususnya golongan warga emas diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila dihampiri individu tidak dikenali bagi mengelak kejadian ditipu atau dipukau.

Ini berikutan kejadian seorang wanita warga emas yang kerugian hampir RM1 juta akibat terperdaya dengan tawaran bagi sebatang pokok herba yang didakwa boleh menyembuhk­an segala penyakit.

Ketua Biro Perkhidmat­an Komuniti Gerakan Ipoh Timur, Chek Kwong Weng berkata pihaknya menerima banyak aduan tentang kes penipuan membabitka­n wang tunai dan barang kemas dengan warga emas menjadi sasaran.

“Seperti yang sering kita lihat di media sosial, banyak kes membabitka­n seseorang individu itu ditipu atau dipukau,” katanya kepada pemberita di sini semalam, ketika mengulas kejadian itu yang berlaku setelah mangsa didatangi oleh tiga wanita di sini Selasa lalu.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata mangsa yang terperdaya itu telah menyerahka­n wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM195,000; dua utas jam tangan jenama Rolex bernilai kira- kira RM60,000 serta cincin dan rantai emas dianggar bernilai RM600,000.

Katanya, mangsa telah membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas menyedari dia ditipu dan dipukau.

Sementara itu, mangsa yang berusia 65 tahun itu berkata, pada kedatangan itu, tiga wanita itu telah menawarkan pokok herba itu kepadanya.

Ketika itu, seorang daripada wanita terbabit mengusap-usap di tengah telapak tangannya sebelum dia berasa khayal dan menyerahka­n barangan kemas serta wang tunai termasuk mengambil wang daripada mesin ATM.

“Saya bagaikan dipukau dan tidak mampu berbuat apa- apa. Selepas kejadian saya pergi ke hospital untuk mendapatka­n rawatan kerana berasa kurang sihat,” katanya. — Bernama

Seperti yang sering kita lihat di media sosial, banyak kes membabitka­n seseorang individu itu ditipu atau dipukau. Chek Kwong Weng Ketua Biro Perkhidmat­an Komuniti Gerakan Ipoh Timur

 ??  ?? ROSAK TERUK: Keadaan jalan yang runtuh akibat hujan lebat ke rumah Luing, Layar.
ROSAK TERUK: Keadaan jalan yang runtuh akibat hujan lebat ke rumah Luing, Layar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia