Utusan Borneo (Sarawak)

SAR cari warga emas hilang di Kampung Kuap diteruskan

-

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas di Kampung Kuap, di sini disambung semula hari ini selepas ditangguh sekitar jam 4.30 petang semalam disebabkan keadaan cuaca tidak mengizinka­n.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi semalam bermula dari jam 7.55 pagi diperluas kepada radius 5 kilomter dari rumah mangsa.

“SAR hari ketiga ( se- malam) diteruskan lagi dengan mencari amngsa sekitar Kampung kuap dengan radius pencarian 5 kilometer dari rumah mangsa sehingga ke kawasan kebun dengan kekuatan anggota seramai sembilan orang.

“Bagaimanap­un operasi SAR terpaksa ditangguhk­an pada jam 6.30 petang disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca mula gelap,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ambing Lumbu berusia 78 tahun.

Sementara itu, anak saudara perempuan Ambing, Nonie Jelian dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata bapa saudara mengalami demensia dan masalah jantung, menyebabka­nnya rasa mudah letih.

“Sebelum ini bapa saudara saya tahu jalan pulang tetapi dia sudah hilang selama tiga hari, dan kami rasa gelisah dan bimbang,” katanya.

Menurut Nonie, mangsa setinggi lima kaki satu inci dan berkulit gelap.

Kali terakhir dilihat oleh penduduk kampung ber- jalan tanpa memakai baju dan berseluar sukan panjang berwarna hitam dengan sepasang selipar berlainan.

Dia berkata bapa saudaranya mempunyai gelang amaran perubatan (gelang hospital) pada tangan kirinya.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Samarahan pada malam Ahad selepas dia hilang,” katanya.

Orang ramai mempunyai maklumat berhubung lokasi Ambing boleh menghubung­i Nonie di talian 019-8197678. MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 29 Januari depan untuk perbicaraa­n kes seorang penjaga kedai yang menafikan tuduhan mencuri barangan kepunyaan majikannya.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Gilbert Gumbang, 23, dari Desa Senadin di sini telah dituduh mencuri pelbagai barangan seperti dua unit telefon bimbit, 11 kabel dan 17 rerumah telefon bimbit kepunyaan majikannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang, 17 November lalu di sebuah premis di Jalan Persiaran Kabor di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

 ??  ?? BERSELERAK: Keadaan kayu balak berselerak di Kilometer 21 Jalan Belaga-Tubau.
BERSELERAK: Keadaan kayu balak berselerak di Kilometer 21 Jalan Belaga-Tubau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia