Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda mengaku bersalah guna dadah

-

MIRI: Seorang pemuda didenda RM5,800 atau sembilan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Mohammad Dhiyaurrah­man Othman Shah, 24, dari Jalan Pujut Tanjung Batu 3 di sini menghadapi dua tuduhan mengikut Seksyen 15 ( 1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro-cannabinol-9-carboxylic acid (THC) yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang, 1 Ogos tahun ini di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh telah melakukan kesalahan serupa dengan mengambil dadah jenis Amphetamin­e, Methamphet­amine dan THC tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 4.40 pagi, 24 Julai lalu di pejabat BSJND Miri.

Bagi kes pertama, tertuduh didenda 2,300 atau empat bulan penjara dan kes kedua didenda RM3,500 atau lima bulan penjara.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia