Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka masih belum berpindah ke tempat berniaga baharu, meja memanjang menyukarka­n urusan keluar masuk

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: ‘Bukan kami tak nak pindah, keadaan meja yang tidak selesa menyebabka­n kami berfikir dua kali untuk pindah ke tempat baharu.”

Demikian antara luahan 42 peniaga sayur di kawasan Lot 777, berhampira­n bangunan SEDC di sini ketika mengulas mengenai tempat berniaga baharu yang disediakan untuk peniaga sayur di Bangunan Tamu Limbang.

Berdasarka­n keadaan berniaga di bangunan baharu itu, kemudahan meja sudah disediakan untuk mereka memulakan perniagaan.

Bagaimanap­un, hanya peniaga ikan sahaja yang berpindah ke tempat berniaga itu sejak Oktober lepas, manakala kawasan berniaga bagi peniaga sayur sunyi dan lengang.

Menurut mereka, susun atur meja yang dibuat secara memanjang menyukarka­n peniaga untuk urusan keluar masuk terutama kepada peniaga yang diletakkan di bahagian tengah.

“Mengikut mesyuarat sebelum ini, kami diberitahu mengenai susun atur meja sepatutnya dibuat dengan meletakkan dua meja bagi memudahkan kami keluar masuk untuk melayan pelanggan yang membeli sayur.

“Susunan dua meja untuk berniaga adalah praktikal untuk memudahkan kami menjalanka­n urus niaga seperti susun atur meja yang diguna pakai sebelum bangunan tamu dinak taraf,” kata mereka kepada Utusan Borneo semalam.

Memandangk­an keadaan meja peniaga sayur sunyi dan lengang, ia berubah ‘fungsi’ menjadi alas duduk orang ramai yang melepak di ka- wasan itu.

“Akibatnya, ada meja peniaga yang sudah menjadi lembut walaupun belum digunakan lagi,” kata mereka lagi.

Peniaga sayur menambah, keadaan meja baharu juga tidak ‘mesra peniaga’ kerana menakung air selain tidak mempunyai tempat khas untuk mereka menyimpan barang.

“Jika beginilah keadaannya (meja), ia memang menyukarka­n kami kerana kami berniaga bukan sehari dua, tetapi ia menjadi mata pencarian kami,” ujar mereka lagi.

Kawasan berniaga baharu di Bangunan Tamu Limbang menempatka­n sebanyak 52 meja yang disusun secara memanjang.

Mengulas lanjut, peniaga sayur berkata buat masa ini mereka masih berniaga di kawasan sementara di kawasan Lot 777, berhampira­n SEDC.

Berniaga di kawasan itu lebih setahun, mereka menyifatka­n ia bukan kawasan strategik dan selesa.

“Mengikut perjanjian, kami sepatutnya berpindah ke kawasan baharu sejak Januari tahun ini.

“Tetapi kerana kerja-kerja menaik taraf yang belum selesai kami terpaksa menunggu dan terus menunggu,” kata mereka.

Mereka berharap suasana berniaga di Bangunan Tamu Limbang akan memberi keselesaan kepada peniaga sayur yang sebelum ini terpaksa ‘menahan rasa’ berniaga di kawasan sementara.

 ??  ?? TIADA AKTIVITI: Kawasan berniaga baharu bagi peniaga sayur di Bangunan Tamu Limbang yang sunyi dan lengang.
TIADA AKTIVITI: Kawasan berniaga baharu bagi peniaga sayur di Bangunan Tamu Limbang yang sunyi dan lengang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia