Utusan Borneo (Sarawak)

Meriahkan Karnival Pra Krismas REDEEMS 2017 hari ini, esok

-

KUCHING: Persatuan Penyelidik­an dan Pergerakan Pembanguna­n Singai Sarawak (REDEEMS) yang berpusat di Kampung Apar Singai akan menganjurk­an Karnival PraKrismas 2017 selama dua hari bermula hari ini.

Presiden REDEEMS Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, sepanjang karnival pada 8 dan 9 Disember itu, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan.

Beliau memberitah­u antaranya, gerai jualan makanan tempatan, kraf tangan, cenderahat­i Krismas, persembaha­n koir Krismas dan banyak lagi.

“Justeru, saya mengalualu­kan orang ramai terutama penduduk di sekitar Bau hadir bagi memeriahka­n Karnival Pra- Krismas REDEEMS 2017,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahaa­n tajaan daripada LEA Holdings (M) Sdn Bhd bagi mendukung karnival itu di LSC Sarawak Plaza di sini semalam.

Selain itu, Nansian berkata, kejohanan ‘street soccer’ wanita juga diadadakan sempena karnival itu.

“Setakat ini, kita sudah menerima lapan kumpulan yang akan bertanding kerana tahun ini kita mengadakan­nya secara skala kecil dahulu dan jika mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang program dan kejohanan lain, tahun depan kita akan mengadakan­nya pada skala yang lebih besar,” tambahnya.

Menyentuh mengenai penganjura­n karnival itu, Nansian berkata, ia adalah platform mengetenga­hkan adat dan budaya masyarakat Bidayuh di kawasan tersebut.

“Pada masa sama, karnival ini dapat dijadikan tempat untuk merapatkan hubungan masyarakat selain memberi ruang untuk kita berkongsi kegembiraa­n bersama.

“Sebab itu tema karnival ini ‘ Membawa Keriangan Kepada Dunia’ kerana kita mahu mereka yang hadir dapat bersama-sama menikmati kegembiraa­n sempena Krismas tahun ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan LEA Holding (M) Sdn Bhd Raymond Sim Hee Pang berkata, pihaknya sentiasa menyokong program kesukanan di negeri ini.

Justeru, beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi bersama-sama mendukung penganjura­n pelbagai jenis sukan di negeri ini.

 ??  ?? SERAH: Raymond (tiga kiri) menyampaik­an tajaan kepada Nansian sempena Karnival Pra-Krismas REDEEMS 2017 sambil ditemani tetamu kehormat lain.
SERAH: Raymond (tiga kiri) menyampaik­an tajaan kepada Nansian sempena Karnival Pra-Krismas REDEEMS 2017 sambil ditemani tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia