Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan holistik perlu tangani sindiket dadah

-

SIBU: Sindiket dadah kini menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk menarik seberapa ramai pengguna baharu.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata keadaan ini memerlukan pendekatan holistik termasuk mengumpul maklumat perisikan.

Ujarnya, keseriusan ancaman dadah boleh dilihat menerusi kesungguha­n sindiket dadah mendapatka­n pasaran baharu dengan memperkena­lkan dadah jenis baharu untuk memancing generasi muda.

“Cadanganke­rajaanmene­rusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mengkaji aspek penguatkua­saan dan pemulihan perlu disokong oleh semua pihak,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut Lee, agensi penguat kuasa yang ada mesti memperkasa kerjasama selain menanam nilai integriti supaya tiada ada ruang dan peluang untuk rasuah dan penyalahgu­naan kuasa yang telah diisytihar­kan sebagai musuh negara oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM).

Katanya, beliau percaya bahawa kehadiran pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Kastam dalam memerangi pengedaran serta penyalahgu­naan dadah.

“Operasi yang dikuatkuas­akan oleh pihak penguat kuasa telah melumpuhka­n kegiatan sindiket dadah sehingga memaksa mereka memperkena­lkan dadah yang lebih menarik,” ujar beliau.

Beralih kepada ibu bapa, Lee berkata mereka harus sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka kerana ramai daripada mereka ‘terkejut’ apabila mendapati anak-anak mereka terlibat dalam penyalahgu­naan dadah.

Pihak sekolah juga, katanya, harus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dan ibu bapa supaya proses pemantauan dapat dilakukan secara efektif dan berterusan.

Katanya, nilai-nilai positif termasuk menghindar­i dadah perlu dilakukan dari peringkat awal terutama di rumah dan sekolah, supaya generasi muda sentiasa berusaha menghindar­i najis dadah.

Selain itu, katanya, majikan dan pekerja juga harus memastikan persekitar­an tempat kerja mereka bebas daripada dadah kerana ketagihan dadah adalah ancaman serius yang boleh membawa kepada kemalangan, kecederaan dan penyakit di tempat kerja sehingga boleh menjejaska­n produktivi­ti.

Malah, ujarnya, anggota masyarakat juga harus bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan membuat laporan segera sekiranya mempunyai maklumat mengenai pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di kawasan kejiranan mereka.

Bercakap lanjut, Lee berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggerak dan meningkatk­an keupayaan mereka dalam meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap bahaya dadah.

“Kerjasama rapat di antara pelbagai agensi kerajaan, NGO dan pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan sangat diperlukan apatah lagi dadah kini boleh dihasilkan dengan hanya belajar di Internet,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ?? FOKUS: Tetamu kehormat dan peserta Taklimat Bajet 2018 memberikan tumpuan terhadap taklimat.
FOKUS: Tetamu kehormat dan peserta Taklimat Bajet 2018 memberikan tumpuan terhadap taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia